Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-10 Institut Perubahan Iklim (IPI) dan Hari Bumi UKM 2024

Timbalan Ketua Setiausaha (Kelestarian Alam) Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian, Datuk Nor Yahati Awang merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-10 Institut Perubahan Iklim (IPI) dan Hari Bumi UKM 2024, hari ini.
Disamping itu, beliau turut melancarkan Repositori Data EMC, Pelan Strategik IPI 2023-2025, serta Jurnal IPI.
Majlis ini turut dihadiri oleh Pro Naib Canselor Strategi dan Kewatanan, Prof. Dato’ Dr. Roslee Rajikan.
Program ini merupakan anjuran Institut Perubahan Iklim dengan kerjasama Pusat Strategi UKM serta Persatuan Siswazah Sains Bumi dan Angkasa (ESSA)
Hadir sama, Pengarah IPI, Prof. Madya Dr. Zaini Sakawi; Pengerusi Bangi Industry Administrative Association, Dato’ Kris Foo Yin Choo; dan Ketua Pusat Pengurusan Alam Sekitar, Prof Madya Ir Dr Wan Hanna Melini Wan Mohtar.

Similar Posts