Mesyuarat Jawatankuasa Naib Canselor/Rektor Universiti Awam

Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin telah meluangkan masa menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Naib Canselor/Rektor Universiti Awam yang diadakan di Le’ Meridien Hotel, Putrajaya, semalam. Dalam sesi ini, Naib Canselor UKM, Prof Dato’ Gs Ts Dr Mohd Ekhwan Hj Toriman yang juga merupakan Pengerusi JKNCR UA telah membentangkan cadangan secara am hala tuju universiti awam selari dengan hasrat dan aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi.

Yang Berhormat Menteri turut berkongsi cadangan beliau bagi memastikan sektor pendidikan tinggi terus mencapai kecemerlangan dan kegemilangan di masa hadapan. Perkongsian YB Menteri KPT antara lain menyentuh berkenaan dengan ekosistem penyelidikan, pelan digitaliasi dan juga agenda pengantarabangsaan.

Naib Canselor merakamkan ucapan penghargaan kepada Dato’ Seri Mohamed Khaled , pegawai kanan kementerian dan semua ahli majlis JKNCR UA yang telah meluangkan masa untuk berbincang dan bertukar pendapat bagi manfaat pendidikan tinggi negara.

Selepas tamat mesyuarat tersebut, sesi memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) telah diadakan. Majlis itu diwakili oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Dr. Azlinda Azman dan Pengerusi Malaysian Academic Consortium Sdn. Bhd. (MAC), Dato’ Dr. Shahril Mohamed Haniffa dengan disaksikan oleh Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin.

Inisiataif KPT dan MAC melalui pelantar kolektif ini adalah untuk memperkukuhkan lagi kaedah penyampaian pngajaran dan pembelajaran (PdP) melalui bahan-bahan yang menggunakan kaedah baharu seperti kecerdasan buatan (AI). Ini juga selari dengan salah satu daripada 11 agenda utama KPT iaitu pembangunan prasarana digital yang dapat memacu sektor pendidikan tinggi bagi mengurus pelbagai perubahan dan ledakan teknologi seiring dengan perubahan semasa.

Similar Posts