Mesyuarat Jawatankuasa Induk Anugerah Bitara UKM ke-11 (Penilaian 2025)

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Anugerah Bitara UKM Ke-11 (Penilaian 2025) telah berlangsung pada 7 Ogos 2026 di Bilik Majlis bagi mengesahkan senarai penerima Anugerah Bitara UKM 2026 berdasarkan penilaian tahun 2025.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusoh, Naib Canselor UKM dan dihadiri oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Fariza Md. Sham, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa), YBhg. Prof. Dr. Ismanizan Ismail, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi), YBhg. Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) serta ketua-ketua jawatankuasa dan wakil yang terlibat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ahli Jawatankuasa Induk, jawatankuasa penilai dan urus setia atas kerjasama yang padu, komitmen yang tinggi serta ketelitian sepanjang proses penilaian.

Semoga Anugerah Bitara terus menjadi pemangkin kepada budaya kecemerlangan dan inspirasi kepada seluruh warga UKM untuk terus menjunjung kebitaraan, memperkukuh daya saing serta bersama-sama mengangkat nama UKM ke persada yang lebih gemilang.

Menjunjung Kebitaraan, Menginspirasikan Kecemerlangan

Similar Posts