TEKAD57 UKM Pacu Malaysia Menuju 100 Tahun Merdeka
Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusoh
Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia
Utusan Malaysia, Khamis, 10 September 2026
Apabila kita berbicara tahun 2057, kita sebenarnya tidak bercakap sesuatu terlalu jauh. Mahasiswa di universiti hari ini akan berusia sekitar 50-an tahun ketika itu. Merekalah bakal pemimpin negara, pembuat dasar, saintis, doktor, jurutera, usahawan, pendidik dan pemimpin masyarakat.
Generasi 2057 sedang kita didik pada hari ini. Tanggungjawab universiti bukan sekadar menyediakan pelajar untuk mendapat pekerjaan pertama selepas bergraduat. Tanggungjawab kita jauh lebih besar, iaitu mempersiap mereka untuk membina, memimpin dan mencorakkan Malaysia pada masa hadapan.
TEKAD 57 dibangunkan dengan kesedaran itu. UKM mahu terus menjadi ‘pembekal ilmu’ kepada masyarakat, pembina bakat negara dan institusi yang menghasilkan penyelesaian kepada cabaran sebenar, seiring agenda pembangunan negara bangsa untuk menjadikan Malaysia maju, mampan dan dihormati dunia menjelang 100 tahun kemerdekaan.
Ikuti kupasan penuh Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusoh, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini.


