UKM Kekal Dalam Kelompok 150 Universiti Terbaik Dunia

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sekali lagi membuktikan kedudukannya sebagai universiti bertaraf dunia apabila mengekalkan tempat dalam kelompok 150 universiti terbaik dunia dengan menduduki tangga ke-130 dalam QS World University Rankings 2027.

Pencapaian ini amat membanggakan kerana UKM terus berada dalam kelompok 10% universiti terbaik daripada 1,504 institusi yang disenaraikan di seluruh dunia, serta 2% teratas daripada 8,808 institusi yang dinilai. Kejayaan ini mencerminkan daya saing, kestabilan dan ketahanan UKM dalam mendepani landskap pendidikan tinggi global yang semakin kompetitif.

Penurunan kecil kedudukan keseluruhan UKM daripada tangga ke-126 pada tahun lepas kepada ke-130 wajar dilihat secara objektif dalam konteks persaingan global yang semakin mencabar. Kedudukan ini bagaimanapun masih meletakkan UKM dalam kalangan universiti yang berdaya saing dan berpengaruh di peringkat antarabangsa.

Dalam edisi 2027, UKM turut mencatatkan peningkatan memberangsangkan dalam beberapa indikator utama:

✨ Sitasi per Fakulti — meningkat 81 tangga
🌐 Jaringan Penyelidikan Antarabangsa — meningkat 38 tangga
🌱 Kelestarian — meningkat 35 tangga
🎓 Pelajar Antarabangsa — meningkat 16 tangga

Peningkatan indikator2 ini membuktikan bahawa usaha berterusan warga UKM dalam memperkukuh budaya penyelidikan, memperluas jaringan antarabangsa, meningkatkan impak kelestarian serta memperkasa keterlihatan global semakin membuahkan hasil.

Seiring dengan aspirasi TEKAD 57 (2026–2030), pencapaian ini menjadi pemangkin kepada seluruh warga UKM untuk terus melakar kecemerlangan, memperkukuh reputasi dan melangkah lebih jauh sebagai universiti watan berjiwa global.

Iman Ilmu Amal — UKM terus melangkah, terus unggul di pentas dunia.

Similar Posts