UKM kongsi Pengalaman Kampus Lestari di Azerbaijan

Pro Naib Canselor Strategi dan Kelestarian, Prof. Dato’ Dr. Roslee Rajikan, telah dijemput menjadi panelis di UI GreenMetric Sustainable University Rankings 2026 Results & Awards Ceremony di Baku, Azerbaijan.

Dalam Sesi Perbincangan Panel 3 bertajuk “When Campuses Teach: Designing Physical Spaces That Educate for Sustainability,” beliau berkongsi perspektif dan pengalaman UKM dalam menjadikan kampus dan persekitaran fizikal universiti sebagai platform pendidikan kelestarian serta menggalakkan amalan lestari dalam komuniti universiti.

Penglibatan ini mencerminkan komitmen aktif UKM dalam perkongsian ilmu di peringkat antarabangsa serta jaringan kelestarian global, di samping memperkukuh usaha universiti untuk mengintegrasikan prinsip kelestarian dalam pembangunan kampus, strategi institusi dan amalan pendidikan tinggi.

Similar Posts