Kluster Penyelidikan UKM

Digital and Frontier Technology Research Cluster

Kluster Teknologi Digital dan Terkehadapan

Kluster Teknologi Digital dan Terkehadapan, Universiti Kebangsaan Malaysia menjadi kluster terulung dalam menginspirasi masyarakat yang berminda masa hadapan yang seimbang melalui teknologi digital. Jawatankuasa kluster terdiri daripada pakar-pakar penyelidik dari pusat tanggungjawab universiti yang mewakili bidang fokus 4IR, Pengkomputeran Termaju, Teknologi Rangkaian Meluas, Pembuatan Termaju & Lestari, Mobiliti & Pengangkutan Termaju, Struktur Termaju serta Bahan Termaju.

Sustainable Resources, Environment and Smart Living Research Cluster

Kluster Sumber Lestari, Alam Sekitar dan Kehidupan Pintar

Kluster Sumber Lestari, Alam Sekitar dan Kehidupan Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia melaksanakan peranan berasaskan hala tuju terfokus iaitu sebagai peneraju ilmuwan bagi menggerakkan penyelidikan untuk perancangan dan strategi negara ke arah wawasan kelestarian. Isu kritikal yang diberikan perhatian ialah Tenaga Diperbaharui, Perubahan Iklim, Sains Angkasa, Biodiversiti & Warisan Semulajadi, Tanah, Air & Udara, Sumber Biologi, Keselamatan Makanan, Komuniti Pintar serta Sains Bahan. Kluster ini bergerak secara bersepadu dengan melibatkan penyelidik UKM dari kelompok penyelidik alam sekitar serta yang berkaitan untuk menggerakkan penyelidikan translasional dan transdisiplin serta memberikan tumpuan terhadap penyelidikan yang berwawasan kepada Penyelesaian Pembangunan Kelestarian.

Health and Advanced Medicines Research Cluster

Kluster Kesihatan dan Perubatan Termaju

Kluster Kesihatan dan Perubatan Termaju, Universiti Kebangsaan Malaysia menjadi kluster terulung dalam memupuk jalinan kerjasama penyelidikan pintar dengan memanfaatkan teknologi terkehadapan advokasi mampan yang berkesan. Jawatankuasa kluster terdiri daripada pakar-pakar penyelidik dari pusat tanggungjawab universiti bagi menggerakkan bidang fokus kluster yang mewakili Kanser, Penyakit Kaitan Obesiti, Pembangunan Produk Semulajadi dan Ubatan, Infeksi & Immunologi, Penyakit Tidak Berjangkit, Kesihatan Masyarakat, Neurosains & Kesihatan Mental dan Perubatan Regeneratif & Penuaan Sihat.

Social and Economic Transformation Research Cluster

Kluster Transformasi Sosial dan Ekonomi

Kluster Transformasi Sosial dan Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia mempromosi penyelidikan rentas disiplin yang memfokuskan kepada transformasi sesebuah masyarakat dengan mengambil kira perkembangan teknologi semasa, kepelbagaian struktur sosial dan inovasi ekonomi. Ahli Jawatankuasa kluster terdiri daripada pakar-pakar penyelidik dari pusat tanggungjawab universiti yang mewakili bidang fokus Globalisasi dan Identiti Kebangsaan, Ekonomi Berteraskan Teknologi & Masyarakat, Keterangkuman Sosial, Kesejahteraan & Nilai serta Kepelbagaian & Kompetensi Masa Hadapan.

Heritage and Civil Society Research Cluster

Kluster Warisan dan Masyarakat Madani

Kluster Warisan dan Masyarakat Madani, Universiti Kebangsaan Malaysia menggemblengkan penyelidikan rentas disiplin yang merangkumi bidang fokus Jati Diri dan Ekologi Manusia, Islam dan Keadilan Sosial, Pemuliharaan dan Kelangsungan Warisan, Tadbir Urus dan Kedaulatan Undang-Undang serta Peradaban dan Kepelbagaian Budaya. Epistemologi kluster ini telah memilih kemanusiaan sebagai asas yang akan menyulam erat hubungan penyelidik dari pelbagai disiplin dan tema kajian bagi membolehkan mereka berpayung di bawah konsep kemanusiaan.