Penilaian Penyelidikan Malaysia (MyRA®)

Penilaian Penyelidikan Malaysia (MyRA®)

Instrumen MyRA ® diperkenalkan oleh KPT untuk mengukur input, output, outcome dan impak Pembangunan, Penyelidikan, Pengkomersilan & Inovasi (RDCI) Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mencapai kecemerlangan dalam penyelidikan.

Kriteria yang diukur dalam penilaian MyRA ® adalah:

  1. Kualiti dan Kuantiti Penyelidik
  2. Kualiti dan Kuantiti Penyelidikan
  3. Kualiti dan Kuantiti Pasca Siswazah
  4. Inovasi
  5. Perkhidmatan Profesional dan Hadiah
  6. Jaringan dan Jangkauan
  7. Kemudahan Sokongan

CRIM menguruskan pengumpulan dan pembuktian data MyRA ® dengan kerjasama daripada semua Pusat Tanggungjawab (PTJ). CRIM menyediakan sistem pemantauan pencapaian MyRA ® (MyRA II Report) untuk membolehkan PTJ memantau pencapaian MyRA ® dan bertindak memastikan strategi dan pelan tindakan dapat dilakukan untuk meningkatkan prestasi kecemerlangan penarafan MyRA ® .