Sepanjang Pengajian (Siswazah)

Sarjana Kerja Kursus

Sepenuh masa: 1-2 tahun

Separuh masa: 2-4 tahun

Sarjana Mod Penyelidikan

Sepenuh masa: 2-3 tahun

Separuh masa: 3-4 tahun

PhD

Sepenuh masa: 3-6 tahun

Separuh masa: 4-7 tahun

Permohonan boleh dilakukan sekali sepanjang tempoh pengajian dan dibuat secara bertulis kepada Dekan empat (4) minggu dari tarikh semester bermula.

Permohonan menukar bentuk pendaftaran dari sepenuh masa ke separuh masa atau sebaliknya boleh dilakukan sekali sepanjang tempoh pengajian dan dibuat secara bertulis kepada Dekan empat (4) minggu dari tarikh semester bermula. Permohonan ini hanya boleh dilakukan oleh calon warganegara sahaja yang mengikuti mod pengajian kursus, penyelidikan dan mod campuran.

Permohonan boleh dilakukan sekali sepanjang tempoh pengajian dan dibuat secara bertulis kepada Dekan kedua-dua Fakulti dua (2) semester dari tarikh pendaftaran masuk ke Universiti.

 Permohonan pertukaran di atas hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Pertukaran Bentuk Pendaftaran/Program/Mode (UKM/PPPS/C/PO3/AK08/01).

Setiap pelajar luar negara hendaklah mengikuti dan lulus dua (2) kursus Bahasa Melayu yang dianjurkan oleh Universiti.

LMCM1013 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Asing I

LMCM1023 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Asing II

Pengecualian boleh diberikan kepada pelajar yang telah mengikuti dan lulus kursus Bahasa Melayu yang setara anjuran pihak lain yang diiktiraf Senat. Permohonan pengecualian kursus hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Pengecualian Kursus  (UKM/PPPS/C/PO3/AK07/01).