Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

 

Bantuan Penyelidikan

Dana Pecutan Penerbitan

Dana Pecutan Penerbitan mula diperkenalkan pada Tahun 2019 oleh pihak CRIM menggunakan peruntukan Dana Universiti Penyelidikan Tahun 2018 di bawah Akaun Dana Pembangunan Penyelidikan (DPP) Fakulti.


Objektif utama DPP ini adalah:


  • Menyokong strategi MyRA UKM bagi penerbitan terindeks (WoS/ SCOPUS/ERA) pada tahun berkenaan.
  • Melaksanakan agenda penerbitan oleh fakulti/institut dengan menyemarakkan budaya penerbitan dalam jurnal terindeks (WoS/ SCOPUS/ERA).
  • Meningkatkan bilangan penerbitan artikel yang diterbitkan dalam jurnal terindeks (WoS/SCOPUS/ERA).

Bantuan Penyelidikan

Slot Jaminan Masa

Sekretariat Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi telah mengusulkan 'Slot Jaminan Masa Penerbitan Jurnal Terindeks' dan perkara ini telah diluluskan dalam Mesyuarat Pengurusan Fakulti Bil 5/2023 dan Mesyuarat Fakulti Bil. 269. Inisiatif ini merupakan antara usaha untuk memperkasakan penerbitan jurnal terindeks di kalangan pensyarah muda DS45/51/52 dan seterusnya memperkukuhkan ekosistem penyelidikan dalam membantu meningkatkan keserlahan penerbitan jurnal terindeks FKAB.