Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

 

Matlamat Pembangunan Mampan
(SDG)

Penglibatan Malaysia dalam pembangunan SDG di peringkat antarabangsa bermula pada akhir 2014; dengan penglibatan Unit Perancang Ekonomi (EPU) dalam proses rundingan antara anggota negara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Mesyuarat Antara Kerajaan) yang diadakan dari Januari hingga Julai 2015 bagi memuktamadkan Agenda Pembangunan Pasca 2015 (P2015DA). Perbincangan antara ahli negara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu termasuk pengisytiharan P2015DA, Matlamat dan Sasaran Pembangunan Mampan, Cara Pelaksanaan dan susulan & semakan.

Untuk maklumat lanjut sila layari

https://www.dosm.gov.my/portal-main/article/sustainable-development-goals#involvement

SDG di UKM

Pengurusan kelestarian di UKM telah dimulakan pada tahun 2007 apabila Unit Pembangunan UKM menyediakan Pelan Induk Pembangunan Kampus Fizikal 2007-2020. Pelan strategik ini bertujuan untuk memantau pelan pembangunan agar mampan dari segi pembangunan infrastruktur, keperluan ruang, pemuliharaan alam sekitar, pengurusan tenaga dan sisa pepejal, landskap, kemudahan kampus dan penanaman kehidupan lestari. Pelan ini mula dirangka pada November 2008 oleh Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) UKM yang diketuai oleh Datin Paduka Dr Halimaton Saadiah, Ketua Kumpulan Kampus Lestari UKM dan Felo Kanan di LESTARI.

Pelan Strategik Kelestarian UKM 2030

SDG @ FKAB

POSTER SDG DAN MATLAMAT INDIVIDU UNTUK WEB DAN CETAKAN

Sila klik pada imej untuk memuat turun penilaian terkini penunjuk SDG yang tersedia untuk Malaysia

LOGO SDG, TERMASUK HURUF UNTUK WEB DAN CETAKAN

Sila klik pada imej untuk memuat turun penilaian terkini penunjuk SDG yang tersedia untuk Malaysia