Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

 

Bagi program kejuruteraan dan seni bina di UKM, Manual MQF dan piawaian (EAC standard) dan Manual Akreditasi Pendidikan Seni Bina Malaysia menjadi asas bagi memastikan keperluan minimum dipenuhi selaras dengan perjanjian Washington Accord bagi pengajian kejuruteraan dan sebagai panduan bagi institusi pengajian tinggi memenuhi keperluan minimum untuk akreditasi program pengajian ijazah seni bina . Piawaian dan manual ini menggariskan butiran untuk akreditasi program-program kejuruteraan  dan seni bina di institusi pengajian tinggi (IPT) Malaysia bagi akreditasi program sedia ada atau program-program yang baharu dicadangkan. Piawaian baharu, EAC standard 2020 yang telah ditambah baik dan Manual Akreditasi Seni Bina merangkumi elemen berdasarkan hasil dalam kurikulum kejuruteraan dan seni bina serta menggalakkan budaya Peningkatan Kualiti Berterusan (CQI) yang diterapkan dalam pembangunan Pendidikan Berasaskan Hasil (OBE) di Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina UKM.

OBE

Pendidikan Berasaskan Hasil

Pendidikan Berasaskan Hasil (OBE) adalah proses pembelajaran dan pendekatan yang memfokuskan kepada Hasil Pembelajaran (Learning Outcomes), iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk dicapai oleh setiap pelajar sebelum dan selepas tamat pengajian.

OBE dibangun berdasarkan kepada tiga falsafah iaitu rekabentuk program, pengajaran & pembelajaran dan penilaian. Peralihan daripada sistem pendidikan tradisional kepada OBE adalah penting bagi mengukur prestasi pelajar secara empirikal berdasarkan Hasil Pembelajaran.

Objektif Pendidikan Program (OPP)

Dalam kurikulum ini, berdasarkan input yang dikumpulkan dari pihak berkepentingan, fakulti telah membangunkan Objektif Pendidikan Program berikut untuk dicapai oleh graduan beberapa tahun selepas tamat pengajian:
OPP 1

Aspirasi Kebangsaan, Sahsiah & Etika, Profesional

Jurutera/Arkitek yang mempunyai sahsiah dan etika, serta profesionalisma yang tinggi dan menyumbang kepada Aspirasi Kebangsaan.

OPP 2

Perkembangan Teknologi Terkini, Kemahiran Praktikal, Kemahiran Insaniah

Jurutera/Arkitek yang kompeten dalam amalan bidang masing-masing bersesuaian dengan keperluan semasa dan masa depan.

OPP 3

Kreatif & Inovatif, Keusahawanan, Kepimpinan

Jurutera/Arkitek yang mempunyai daya kreatif dan inovatif, ciri keusahawanan dan sifat kepimpinan yang bersifat global.

HPP

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM

HPP 1

Ilmu Kejuruteraan

Berkebolehan mengaplikasi ilmu dalam matematik, sains, asas kejuruteraan dan pengkhususan kejuruteraan dalam memberi penyelesaian masalah kejuruteraan awam yang kompleks.

HPP 2

Analisis Masalah


Berkebolehan mengenal pasti, merumuskan, mengkaji literatur dan menganalisis masalah kejuruteraan yang kompleks dengan mencapai kesimpulan yang dapat menyokong dengan menggunakan prinsip pertama matematik, sains tabii dan kejuruteraan sains.

HPP 3

Reka Bentuk/Pembangunan

Penyelesaian

Berkebolahan merekabentuk penyelesaian untuk masalah kejuruteraan yang kompleks dan sistem reka bentuk, komponen proses yang menepati keperluan spesifik dengan pertimbangan yang bersesuaian bagi kesihatan awam dan keselamatan, budaya, kemasyarakatan dan alam sekitar.

HPP 4

Penyiasatan

Berkebolehan menjalankan penyiasatan terhadap masalah kejuruteraan yang kompleks menggunakan kaedah ilmu asas penyelidikan termasuk reka bentuk uji kaji, analisis dan tafsiran data, sintesis maklumat untuk memberikan kesimpulan yang sah.

HPP 5

Penggunaan Alatan Moden

Berkebolehan mencipta, memilih dan mengaplikasikan teknik, sumber, dan alatan kejuruteraan dan teknologi maklumat yang moden, termasuk ramalan dan model, kepada masalah kejuruteraan awam yang kompleks dengan memahami hadnya.

HPP 6

Jurutera dan Masyarakat

Berkebolehan mengaplikasikan pemikiran yang dimaklumkan dari konteks ilmu untuk menilai isu-isu kemasyarakatan, kesihatan, keselamatan, perundangan dan budaya serta tanggung jawab berkaitan yang relevan kepada professional amalan kejuruteraan awam dan penyelesaian kepada permasalah yang kompleks.

HPP 7

Alam Sekitar dan Kelestarian

Berkebolehan memahami dan menilai kemampanan dan kesan dari kerja profesional kejuruteraan dalam penyelesaian untuk masalah kejuruteraan yang kompleks dalam konteks masyarakat dan persekitaran.

HPP 8

Etika

Berkebolehan mengaplikasikan prinsip etika dan komitmen terhadap etika profesional serta tanggung jawab dan norma amalan kejuruteraan yang menyumbang kepada aspirasi kebangsaan.

HPP 9

Individu dan Kerja Berpasukan

Berkebolehan berfungsi secara efektif sebagai individu, dan sebagai ahli atau ketua dalam pelbagai kumpulan dan pelbagai disiplin

HPP 10

Komunikasi

Berkebolehan berkomunikasi secara efektif berkaitan aktiviti kejuruteraan kompleks bersama komuniti kejuruteraan dan keseluruhan masyarakat, seperti berkeupayaan untuk memahami dan menulis laporan yang efektif serta mereka bentuk dokumen, melakukan pembentangan yang efektif, serta memberi dan menerima arahan.

HPP 11

Pengurusan Projek dan Kewangan

Berkebolehan mendemonstrasikan ilmu dan pemahaman prinsip pengurusan kejuruteraan dan membuat keputusan secara berekonomi serta aplikasi terhadap tugas yang diberi, sebagai ahli atau ketua kumpulan, untuk mengurus projek dan dalam persekitaran yang pelbagai disiplin.

HPP 12

Pembelajaran Sepanjang Hayat

Berkebolehan mengenal pasti keperluan dan persediaan serta keupayaan untuk melibatkan diri secara bebas dalam pembelajaran sepanjang hayat dalam konteks yang luas merangkumi perubahan teknologi.