Maklumat Umum

Selamat datang ke

Laman Web Kami Pengajian Pascasiswazah
di Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina, UKM!

Terima kasih kerana meneroka peluang pengajian siswazah di fakulti kami. Semenjak tahun 1984, jumlah pelajar siswazah di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina telah meningkat dengan ketara, lebih-lebih lagi pada beberapa tahun kebelakangan ini. Graduan yang mendaftar terdiri daripada pelajar tempatan dan antarabangsa dari pelbagai negara seperti Indonesia, Libya, Iraq, Iran, Emiriah Arab Bersatu, Bangladesh, Pakistan, China, Algeria, Yaman, Turki, Jordan, Palestin dan Thailand. Peningkatan jumlah pelajar siswazah adalah selaras dengan hasrat UKM untuk mencapai taraf universiti yang menjalankan  penyelidikan secara intensif.

Kami menawarkan program pasca siswazah secara penyelidikan untuk peringkat sarjana dan doktor falsafah dalam bidang kejuruteraan awam dan struktur, kejuruteraan seni bina, seni bina, kejuruteraan mekanikal dan bahan, kejuruteraan kimia dan proses, kejuruteraan elektrik, elektronik dan sistem, pendidikan kejuruteraan dan pengurusan kejuruteraan. Selain itu, terdapat enam program sarjana mode kerja kursus dan tiga lagi program sarjana eksekutif turut ditawarkan, dimana semuanya mendapat permintaan yang menggalakkan.

Saya berharap maklumat yang diperolehi daripada laman web ini membantu dan memberi gambaran awal tentang peluang-peluang yang terdapat di UKM.

Sila hubungi mana-mana anggota kakitangan pentadbiran kami untuk memperolehi maklumat panduan tambahan. Saya mengucapkan terima kasih kerana berminat untuk mengikuti pengajian siswazah di fakulti kami, dan saya berharap yang terbaik sepanjang proses kemasukan ke UKM.

Prof. Ir. Dr. Jaharah A. Ghani
Timbalan Dekan (Siswazah)

Professor Madya Dr. Badariah Bais
Ketua Program Kedoktoran

Professor Madya Dr. Roszilah Hamid
Ketua Program Sarjana

Penyelaras Program Sarjana Sains dan Doktor Falsafah  (Penyelidikan)

Dr. Suraya Sharil
Jabatan Kejuruteraan Awam & Struktur

Dr. Ramizi Mohamed
Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik & Kejuruteraan Sistem

Prof. Dr. Jamaliah Md. Jahim
Jabatan Kejuruteraan Kimia & Proses

Professor Madya Dr. Rozli Zulkifli
Jabatan Mekanikal & Kejuruteraan Bahan

Dr. Sudharshan N Raman
Jabatan Seni Bina

Dr. Mohd Shahbudin Mastar@Masdar
Pendidikan Kejuruteraan

Dr. Noraini Hamzah
Kejuruteraan Industri & Pengurusan

Penyelaras Program Sarjana Kerja Kursus

Dr. Shahrizan Baharom
Sarjana Kejuruteraan (Kejuruteraan Awam & Struktur)

Professor Madya Ir. Dr. Mandeep Singh a/l Jit Singh
Sarjana Kejuruteraan (Komunikasi & Komputer)

Prof. Madya Dr. Sawal Hamid Md Ali
Sarjana Kejuruteraan (Mikroelektronik)

Dr. Hassimi Abu Hassan
Sarjana Kejuruteraan (Alam Sekitar)

Dr. Nur Tantiyani Ali Othman
Sarjana Kejuruteraan (Kimia)

Prof. Dr. Dzuraidah Abd. Wahab
Sarjana Kejuruteraan (Mekanikal)

En. Khairul Azhar Mat Sulaiman
Sarjana Senibina

Penyelaras Program Eksekutif

Prof. Madya Ir. Dr. Rizauddin bin Ramli
Sarjana Kejuruteraan (Sistem Pembuatan)
Sarjana Kejuruteraan (Industrial & Technology Management)

Professor Madya Ir. Dr. Mandeep Singh a/l Jit Singh
Sarjana Kejuruteraan (Komunikasi & Komputer)