Latihan Industri

  • Memberi pendedahan kepada pelajar untuk amalan kejuruteraan atau seni bina khusus dalam bidang masing-masing dan industry-industri yang terpilih,
  • Memberi pendedahan kepada pelajar terhadap tanggungjawab seorang jurutera atau arkitek dan terhadap profesion kejuruteraan ataupun senibina,
  • Untuk memupuk kemahiran komunikasi dalam kejuruteraan atau senibina yang merangkumi interaksi harian dalam persekitaran kerja dan penulisan teknikal.

Tempoh latihan adalah sekurang-kurangnya DUA BELAS (12) minggu iaitu semasa Semester III:

  • Selepas menamatkan tahun ketiga untuk pelajar program Kejuruteraan, atau
  • Selepas menamatkan tahun kedua untuk pelajar program Sains Senibina.

Apabila seorang pelajar dihantar untuk menghadiri latihan industri, pelajar bertanggungjawab sepenuhnya kepada organisasi tersebut. Sikap pelajar mestilah mengikut skim kerja, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan organisasi tersebut. Sebagai contoh, pelajar hanya boleh mengambil cuti selepas mendapat kelulusan daripada organisasi tersebut. Untuk memastikan penyeliaan yang berkesan, pelajar tidak pelu melaporkan terus aktiviti meraka kepada penyelia di universiti, kecuali dalam keadaan tertentu dari semasa ke semasa untuk tujuan penyelarasan.

Walaupun pelajar mendaftar di universiti semasa tempoh latihan, sebahagian penilaian akan dilakukan oleh organisasi yang dihadiri pada penghujung latihan sebagai pelengkap kepada penilaian prestasi keseluruhan yang akan menentukan kejayaan dan kegagalan beliau dalam menjalankan latihan industri tersebut.

Pada akhir tempoh latihan, organisasi di mana pelajar menjalani latihan akan membuat penilaian terhadap sikap dan prestasi pelajar semasa latihan. Untuk tujuan keseragaman, borang penilaian yang khusus akan disediakan oleh pihak Fakulti, di mana organisasi tersebut hanya perlu menjawab beberapa soalan sahaja.

Penilaian

Komponen penilaian untuk Latihan Industri adalah seperti berikut:

  1. Buku Log
    Buku Log digunakan oleh pelajar untuk menulis butir-butir latihan dan berfungsi sebagai rekod tugasan harian semasa latihan. Pelajar bertanggungajawab untuk merekodkan semua nota dalam buku log dan memastikan kandungannya sentiasa dikemaskini. Setiap helaian nota perlu disahkan oleh penyelia latihan industri. Antara maklumat penting yang perlu direkodkan ialah objektif bagi setiap aktiviti harian, senarai peralatan yang digunakan, carta alir, lakaran, data dan gambar rajah litar yang berkaitan, keputusan dan output daripada aktiviti-aktiviti harian, komen yang membina, analisis dan rujukan kepada teks buku, piawaian serta maklumat-maklumat teknikal yang berkaitan.
  2. Ringkasan Eksekutif (untuk Program Kejuruteraan sahaja)
    Ringkasan Eksekutif adalah laporan ringkas mengenai apa yang dilaporkan didalam Buku Log. Ia bertujuan untuk melatih pelajar tentang penulisan laporan yang berkesan mengenai aktiviti-aktiviti latihan industri yang dilaksanakan. Pelajar turut diberi peluang untuk menilai keberkesanan latihan industry di organisasi yang mereka hadiri.
  3. Laporan Majikan
    Aspek ini dinilai oleh penyelia daripada organisasi tempat latihan industri dengan mengisi borang yang disediakan didalam Buku Log. Skim pemarkahan adalah mengikut perincian seperti yang disenaraikan dalam borang. Selain itu, penilaian turut dibuat oleh pensyarah pelawat berdasarkan kepada perbincangan dengan penyelia, pelajar dan kakitangan lain seperti pengurus dan pengarah hubungan industri.
  4. Komunikasi, Etika dan Profesionalisme
    Aspek ini dinilai melalui pembentangan seminar oleh pelajar, serta kepatuhan kepada semua prosedur dan arahan oleh penyelaras semasa proses permohonan, penerimaan penempatan latihan industri dan kebolehan pelajar untuk menyesuaikan diri di tempat kerja.
    Pemarkahan:
No. Komponen Penilaian Program

Kejuruteraan

Program

Seni Bina

1. Buku Log 35 60
2. Ringkasan Esekutif 15
3. Laporan Majikan 30 20
4. Komunikasi, Etika dan Profesionalisme 20 20
JUMLAH 100% 100%

Berdasarkan keseluruhan markah diatas, pelajar akan diberikan gred sama ada A, B, C ataupun E.