Latihan Industri

Pengenalan

Kursus Latihan Industri adalah diwajibkan untuk semua pelajar kejuruteraan dan seni bina di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina UKM. Pelajar yang berada dalam pengajian tahun ketiga (program Kejuruteraan) dan tahun kedua (program Seni Bina) adalah layak untuk menjalani latihan industri bagi tempoh 12 minggu semasa cuti diantara sesi semester.

Objektif Kursus

  • Untuk mendedahkan pelajar kepada amalan kejuruteraan atau seni bina yang spesifik dalam bidang pengkhususan masing-masing dan jenis industri yang dipilih,
  • Untuk mendedahkan pelajar kepada tanggungjawab sebagai jurutera atau arkitek dan profesyen kejuruteraan atau seni bina,
  • Untuk membentuk kemahiran komunikasi dalam kejuruteraan atau seni bina yang melibatkan interaksi harian dalam persekitaran kerja dan penulisan teknikal.

Hasil Kursus

  • Menyedari tugas, tanggungjawab professional dan etika seorang jurutera atau arkitek.
  • Berkebolehan berkomunikasi secara efektif dalam persekitaran kerja.
  • Memahami prosedur kerja umum dan khusus dalam bidang kejuruteraan atau seni bina yang berkaitan dalam industri.
  • Mendapat pendedahan dan pengalaman secara amali dalam bidang berkaitan.
  • Berkebolehan menyediakan laporan teknikal bagi latihan yang diikuti.
  • Bekebolehan menggunakan pengetahuan yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah di industri.

Permohonan Latihan Industri

Pelajar yang akan menjalani program latihan industri perlu memohon melalui sistem SLAI di www.ukm.my/smplai/ untuk penempatan. Pangkalan data SLAI sehingga kini mengandungi lebih daripada 2000 alamat syarikat, agensi kerajaan dan lain-lain.