ANATOMY INTENSIVE COURSE 8.0
Anatomy Intensive Course 8.0 merupakan kursus intensif secara dalam talian yang dianjurkan oleh Jabatan Anatomi, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kursus ini membawa tema “Striving the Future of Anatomy & Clinical Research Statistics for Beginners” dan memberi penekanan kepada pengukuhan pengetahuan anatomi serta pengenalan kepada asas statistik dalam penyelidikan klinikal.
Kursus ini dirangka bagi memberikan pengalaman pembelajaran yang komprehensif melalui sesi demonstrasi e-praktikal, nota pembelajaran yang lengkap serta akses kepada rakaman sesi Zoom dan video praktikal selama satu bulan. Peserta juga akan menerima e-sijil sebagai pengiktirafan penyertaan dalam kursus ini.
Kursus akan berlangsung pada 13 hingga 22 Oktober 2026 secara dalam talian dengan yuran penyertaan sebanyak RM350.00 seorang.
Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 2 Oktober 2026.
Program ini diharapkan dapat memberikan nilai tambah kepada peserta dalam memperkukuh asas ilmu anatomi serta meningkatkan kefahaman berkaitan kaedah dan aplikasi statistik dalam penyelidikan klinikal.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan pendaftaran serta penyertaan kursus, sila hubungi pegawai yang bertugas:
Puan Natasya Nadia
017-690 2136
anatomyintensivecourse@gmail.