GOTONG-ROYONG PERDANA BANGUNAN PRAKLINIKAL PERINGKAT FAKULTI PERUBATAN
Fakulti Perubatan telah menganjurkan Gotong-Royong Perdana di Bangunan Praklinikal pada 10 September 2025, bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. Program yang berlangsung dalam suasana penuh semangat ini melibatkan penyertaan pensyarah, staf sokongan serta para pelajar fakulti.
Antara jabatan yang turut serta dalam menjayakan program ini ialah Jabatan Anatomi, bersama-sama warga fakulti lain yang berganding bahu melaksanakan aktiviti pembersihan, penyusunan semula fasiliti serta pengindahan kawasan sekitar.
Penganjuran program ini bukan sahaja memastikan persekitaran fakulti sentiasa bersih, ceria dan kondusif, malah turut memupuk nilai kerjasama, tanggungjawab dan semangat kekitaan dalam kalangan warga Fakulti Perubatan.
Fakulti Perubatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga fakulti atas komitmen dan dedikasi yang telah diberikan, sekaligus menjadikan Gotong-Royong Perdana Bangunan PraKlinikal Fakuti Peruabtan ini sebuah program yang berjaya dan penuh bermakna.