KURSUS PENGENALAN PROSEDUR PENGAWETAN MAYAT KKM 2025
Kursus Pengenalan Prosedur Pengawetan Mayat KKM 2025 telah berjaya dianjurkan pada 12 Jun 2025 bertempat di Dewan Diseksi, Jabatan Anatomi, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kursus ini dianjurkan dengan kerjasama antara Jabatan Anatomi dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dengan objektif utama untuk memberikan pendedahan awal dan kefahaman asas kepada para peserta mengenai prosedur standard pengawetan mayat yang diamalkan di fasiliti kesihatan di bawah KKM.
Sepanjang kursus yang berlangsung selama satu hari ini, para peserta didedahkan kepada sesi teori serta demonstrasi praktikal berkaitan teknik dan langkah-langkah pengawetan, pemeliharaan serta pengurusan mayat secara profesional dan beretika.
Kursus ini juga menjadi platform perkongsian ilmu antara tenaga akademik dan para petugas kesihatan dalam memperkukuh amalan terbaik dalam bidang anatomi dan perubatan forensik