Lawatan Penanda Aras Fakulti Perubatan UiTM ke Jabatan Anatomi,Fakulti Perubatan,UKM
9 September 2026 – Jabatan Anatomi, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menerima Lawatan Penanda Aras daripada Fakulti Perubatan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 9 September 2026.
Delegasi Fakulti Perubatan UiTM yang diketuai oleh Ketua Jabatan Anatomi, Dr. Muhammad Fairuz Azmi, terdiri daripada seramai 23 orang kakitangan.
Lawatan penanda aras ini bertujuan untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman serta amalan terbaik dalam pengurusan dan pengoperasian Jabatan Anatomi, khususnya dalam aspek pengajaran dan pembelajaran, pengurusan fasiliti, makmal serta perkhidmatan sokongan akademik.
Sepanjang lawatan, delegasi Fakulti Perubatan UiTM turut berpeluang mendapatkan penerangan dan bertukar pandangan bersama warga Jabatan Anatomi, Fakulti Perubatan UKM berkaitan pengurusan jabatan serta kemudahan yang disediakan bagi menyokong aktiviti akademik dan penyelidikan.
Lawatan ini diharapkan dapat memperkukuh jaringan kerjasama dan perkongsian kepakaran antara kedua-dua institusi, di samping membuka ruang kepada pertukaran idea serta amalan terbaik dalam bidang anatomi dan pendidikan perubatan.
Jabatan Anatomi, Fakulti Perubatan UKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada delegasi Fakulti Perubatan UiTM atas kunjungan dan komitmen dalam menjayakan lawatan penanda aras ini.