Skip to main content

Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan

MAJLIS PENGANUGERAHAN SIJIL PROFESIONAL PENGAWETAN KADAVER FAKULTI PERUBATAN UKM

21 Oktober 2026 – Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengadakan Majlis Penganugerahan Sijil Profesional bagi meraikan seramai 23 graduan yang berjaya menamatkan pengajian dalam program Sijil Profesional Pengawetan Kadaver.

Majlis yang berlangsung di Dewan Kuliah 1, Bangunan Praklinikal, Fakulti Perubatan UKM ini telah dirasmikan oleh Profesor Madya Dr. Ruslinda Mustafar, Timbalan Dekan Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, yang turut menyempurnakan penyampaian sijil kepada para graduan.

Penganjuran majlis ini merupakan pengiktirafan terhadap kejayaan dan komitmen para graduan dalam menimba ilmu serta memperkukuh kemahiran profesional dalam bidang pengawetan kadaver. Program ini juga mencerminkan usaha berterusan Fakulti Perubatan UKM dalam memperkasa pendidikan, latihan dan kepakaran dalam bidang perubatan serta sains kesihatan.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua 23 graduan atas kejayaan menamatkan program ini. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan serta menyumbang kepada pembangunan bidang perubatan dan sains kesihatan pada masa hadapan.