Perbincangan Penyediaan Kabinet Kaca Pameran Artifak Rangka Manusia Prasejarah di Muzium Anatomi, Fakulti Perubatan UKM
25 Julai 2025, satu sesi perbincangan telah diadakan di Jabatan Anatomi,Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkenaan penyediaan kabinet kaca pameran bagi tujuan penyimpanan artifak rangka manusia prasejarah di Muzium Anatomi & Patologi.
Perbincangan ini bertujuan untuk memastikan pengurusan dan pameran artifak dijalankan secara beretika, profesional serta mengikut piawaian pemuliharaan yang ditetapkan. Inisiatif ini mencerminkan komitmen UKM dalam memelihara khazanah warisan manusia prasejarah dan menyokong proses pengajaran serta penyelidikan dalam bidang anatomi dan sejarah perubatan.
Antara yang terlibat dalam sesi perbincangan ini termasuk En. Zaharudin Abu, Pengarah Bahagian Arkeologi, Jabatan Warisan Negara; Encik Yazid Othman, Kurator Cawangan Respiratori dan Pengembangan, Bahagian Arkeologi, Jabatan Warisan Negara; Prof. (Kehormat) Dr. Ima Nirwana Soelaiman, Ketua Kumpulan Penyelidikan Metabolisme Tulang (Bahagian Manusia Prasejarah), Fakulti Perubatan UKM; Prof. Madya Dr. Elvy Suhana Mohd Ramli, Pensyarah Kanan Jabatan Anatomi; Prof. Madya Dr. Chin Kok Yong dan Dr. Wong Sok Kuan dari Jabatan Farmakologi; Dr. Fairus Ahmad, Ketua Jabatan Anatomi; serta En. Shaiful Ridzwan Sapri, Juruteknologi Makmal Perubatan, Fakulti Perubatan UKM.
Perbincangan ini dijangka menjadi asas penting dalam usaha mempertingkat nilai pendidikan dan warisan Muzium Anatomi & Patologi UKM melalui pameran artifak manusia prasejarah yang lebih sistematik dan menarik.








