Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Sarjana Sains Perubatan (Anatomi), Mod Campuran (kerja kursus dan disertasi)

Ini adalah kursus sepenuh masa yang dijalankan dalam tempoh dua tahun (empat semester) dengan maksimum tiga tahun (enam semester). Kursus ini terdiri daripada dua bahagian:

1.   Kerja Kursus (Tahun Pertama, 20 jam kredit)

 

SemesterKod SubjekTopik
Semester 1FA6015Anatomi Makroskopik IAnggota tangan dan kaki, sistem respiratori dan kardiovaskular
FA6214Anatomi MikroskopikKesemua sistem badan
FA6613Anatomi PerkembanganKesemua sistem badan
Semester 2FA6025Anatomi Makroskopik IISistem gastrousus, pelvis dan perineum, kepala dan leher
FA6425NeuroanatomiKeseluruhan sistem neuro

Setiap calon perlu mengambil bahagian dalam penyediaan seminar dan tugasan praktikal termasuk penyediaan slaid histologi, pewarnaan slaid dan pembedahan badan manusia (kadaver).

Di akhir setiap semester, pelajar akan menjalani peperiksaan dan harus mendapatkan gred CGPA sekurang-kurangnya 3.0 untuk meneruskan pengajian ditahun kedua.

 

2.  Penyelidikan dengan disertasi (Tahun Kedua, 20 jam kredit)

Setiap calon dikehendaki menyerahkan disertasi ke atas kajian yang dilakukan pada tahun kedua sebagai memenuhi sebahagian daripada keperluan sebelum dianugerahkan Ijazah Sarjana Sains Perubatan (Anatomi). Seorang penyelia akan dilantik pada awal semester ketiga. Calon perlu menyediakan cadangan penyelidikan untuk permohonan geran penyelidikan dan mendapatkan kelulusan etika penyelidikan. Laporan kemajuan calon akan dihantar kepada fakulti setiap enam bulanan.

 

Pengambilan untuk program ini hanya dibuat SEKALI setahun (pengambilan bulan September),  namun permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa. Untuk maklumat lanjut berkaitan yuran dan syarat kemasukan, sila rujuk kepada pautan maklumat lanjut di bawah.

 

Projek penyelidikan di jabatan tertumpu pada bidang-bidang utama seperti berikut:

  • Kultur sel dan tisu (Prof Dr Norzana Abd Ghafar, Dr Taty Anna Kamarudin dan Dr Nahdia Afiifah Abdul Jalil)
  • Metabolisme tulang (PM Dr Elvy Suhana Mohd Ramli dan Dr Fairus Ahmad)
  • Kardiovaskular (Prof Dr Srijit Das dan Dr Syarifah Aisyah Syed Abd Halim)
  • Penyembuhan luka (PM Dr Teoh Seong Lin dan Prof Dr Srijit Das)
  • Neurosains (PM Dr Teoh Seong Lin dan Dr Mohamad Fairuz Yahaya)
  • Enzim stres (Dr Fairus Ahmad, PM Dr Elvy Suhana Mohd Ramli dan Dr Mohd Amir Kamaruzzaman)
  • Sindrom metabolik (Dr Fairus Ahmad, Dr Mohamad Fairuz Yahaya, PM Dr Elvy Suhana Mohd Ramli dan PM Dr Teoh Seong Lin)

Pautan:

Untuk maklumat lanjut mengenai program pascasiswazah kami, sila hubungi:

Prof. Madya Dr. Teoh Seong Lin
Penyelaras Pascasiswazah Jabatan Anatomi
   +603-9145 8635
   teohseonglin@ppukm.ukm.edu.my