Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Sarjana Sains Perubatan (Anatomi), Mod Penyelidikan

 

Ini adalah kursus dijalankan sama ada secara sepenuh masa (dalam tempoh sekurang-kurangnya dua tahun (empat semester) dengan maksimum tiga tahun (enam semester) - dibuka kepada penuntut dalam dan luar negara) atau secara sambilan (penuntut dalam negara sahaja).  Program ini menekankan penyelidikan dengan nilai kepimpinan, tanggungjawab dan peranan kepada masyarakat berdasarkan pengetahuan, nilai etika dan profesionalisme. Nilai yang termaktub dalam kurikulum berdasarkan hasil program yang telah disebutkan dalam objektif kursus. Setiap calon dikehendaki mengemukakan tesis sebagai memenuhi syarat sebelum dianugerahkan ijazah Sarjana.

Permohonan untuk program ini adalah dibuka sepanjang tahun. Untuk maklumat lanjut berkaitan yuran dan syarat kemasukan, sila rujuk kepada pautan maklumat lanjut di bawah.

 

Projek penyelidikan di jabatan tertumpu pada bidang-bidang utama seperti berikut:

  • Kultur sel dan tisu (Prof Dr Norzana Abd Ghafar, Dr Taty Anna Kamarudin dan Dr Nahdia Afiifah Abdul Jalil)
  • Metabolisme tulang (PM Dr Elvy Suhana Mohd Ramli dan Dr Fairus Ahmad)
  • Kardiovaskular (Prof Dr Srijit Das dan Dr Syarifah Aisyah Syed Abd Halim)
  • Penyembuhan luka (PM Dr Teoh Seong Lin dan Prof Dr Srijit Das)
  • Neurosains (PM Dr Teoh Seong Lin dan Dr Mohamad Fairuz Yahaya)
  • Enzim stres (Dr Fairus Ahmad, PM Dr Elvy Suhana Mohd Ramli dan Dr Mohd Amir Kamaruzzaman)
  • Sindrom metabolik (Dr Fairus Ahmad, Dr Mohamad Fairuz Yahaya, PM Dr Elvy Suhana Mohd Ramli dan PM Dr Teoh Seong Lin)

Pautan:

Untuk maklumat lanjut mengenai program pascasiswazah kami, sila hubungi:

Prof. Madya Dr. Teoh Seong Lin
Penyelaras Pascasiswazah Jabatan Anatomi
   +603-9145 8635
   teohseonglin@ppukm.ukm.edu.my