Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan

Sesi perjumpaan bersama YBhg. Prof. Dr. Mohamad Aris Mohd Moklas daripada Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM sebagai Pemeriksa Luar

31 Julai 2025, satu sesi perjumpaan telah diadakan bersama YBhg. Prof. Dr. Mohamad Aris Mohd Moklas daripada Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia. Beliau hadir sebagai Pemeriksa Luar bagi Peperiksaan Akhir Semester II Tahun 1, Ijazah Doktor Perubatan anjuran Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Perjumpaan ini bertujuan untuk membincangkan penilaian keseluruhan peperiksaan dan memberikan pandangan profesional dalam usaha menambah baik mutu pendidikan dan penilaian akademik di peringkat prasiswazah. Sesi ini turut memperkukuh hubungan kolaboratif antara institusi dalam memastikan kualiti dan standard program perubatan sentiasa terpelihara.

Fakulti merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Prof. Dr. Mohamad Aris atas komitmen dan sumbangan beliau sebagai pemeriksa luar.