Skip to main content

Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan

Tahniah atas Kejayaan Puan Nurul Iliyana Meraih Dua Pengiktirafan Sempena Minggu Digital 2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Puan Nurul Iliyana binti Rumli, Juruteknologi Makmal Perubatan U5 merupakan kakitangan Jabatan Anatomi, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Atas kejayaan meraih Tempat Kedua dalam Pertandingan Video Digital anjuran Kementerian Digital Malaysia dan Tempat Ketiga dalam Pertandingan Video Pendek Kesedaran Keselamatan Siber “Warga Bijak Siber” anjuran Pusat Teknologi Digital UKM, sempena Minggu Digital 2026.

Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan serta mencerminkan kreativiti, komitmen dan kesungguhan beliau dalam menyokong agenda pendigitalan serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan keselamatan siber.

Seluruh warga Jabatan Anatomi merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan atas pencapaian ini. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.

Syabas dan tahniah!