Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan

Tahniah Dr Rasyidah Rehir Penerima Geran Anugerah Merdeka 2025

Tahniah diucapkan kepada Dr Rasyidah Rehir atas kejayaan menerima Geran Anugerah Merdeka untuk Penempatan Antarabangsa 2025, anugerah berprestij yang dikurniakan oleh Merdeka Award Trust.

Pengiktirafan ini menzahirkan usaha dan dedikasi beliau dalam memperkukuh bidang pengawetan mayat serta penyelidikan berkaitan Teknik Thiel. Melalui geran ini, Dr Rasyidah merancang untuk menjalani penempatan di beberapa institusi terkemuka dunia termasuk Universiti Dundee (UK), Universiti Graz (Austria) serta beberapa negara di Asia bagi memperluaskan kepakaran dalam teknik pengawetan moden.

Semoga kejayaan ini terus mengharumkan nama negara dan memberi impak besar kepada pembangunan program anatomi serta latihan perubatan di Malaysia.

Tahniah dan selamat maju jaya, Dr Rasyidah!