Webinar Sains Tauhidik Bil.3/2022 “Kelestarian Kesedaran Halal”

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato’/ Datin/ Profesor/ Tuan/ Puan,

Jemputan Menghadiri Webinar Sains Tauhidik Bil.3/2022 Anjuran Jabatan Fizik Gunaan, Fakulti Sains & Teknologi, UKM

Sukacita ingin dimaklumkan bahawa Jabatan Fizik Gunaan akan mengadakan Siri Webinar seperti di atas yang bertajuk “Kelestarian Kesedaran Halal” pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 8 April 2022 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Secara dalam talian di Aplikasi Cisco Webex & Live FB fstukmbangi
Penceramah: Profesor Madya Dr. Sahilah Bt Abd Mutalib
Link:  Webinar Siri Sains Tauhidik Bil. 3/2022, Jabatan Fizik Gunaan, FST, UKM

 
Meeting No.:   2642 345 2731
Password:   FizikG1234
Sehubungan itu, pihak Jabatan amat berbesar hati menjemput YBhg. Dato’/ Datin/ Profesor/ Tuan/ Puan untuk bersama-sama memeriahkan program tersebut.

Kesudian YBhg. Dato’/ Datin/ Profesor/ Tuan/ Puan memenuhi jemputan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.