PROGRAM EKSPLORASI MAHABAH “CINTA ALAM, CINTA WAKAF”
PROGRAM EKSPLORASI MAHABAH “CINTA ALAM, CINTA WAKAF”.
Bayangkan… anda melangkah masuk ke hutan simpan Taman Botani Bangi UKM, deruan angin membisik di celah pepohon, dan setiap hentian membawa anda pada kisah menakjubkan ciptaan Tuhan.
Pengembaraan anda akan dipandu dengan ilmu, hikmah dan renungan mendalam tentang erti kelestarian serta amanah kita terhadap alam.
Tetapi pengembaraan ini lebih dari sekadar jelajah. Ia adalah sebuah misi wakaf, mengumpulkan dana sebanyak RM1 JUTA untuk pembangunan pendidikan & kemudahan di Taman Botani Bangi UKM.
“Hargai alam kerana alam tidak pernah berhenti memberi, mengapa kita harus berhenti berkongsi?”
