PROGRAM HARI PENGUMPULAN SISA ELEKTRONIK E-WASTE UKM 2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Prof. Ulung/Prof./Tan Sri/Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan FST dengan kerjasama ROSH – UKM, Jabatan Alam Sekitar dan Syarikat T-POT akan menganjurkan PROGRAM HARI PENGUMPULAN SISA ELEKTRONIK E-WASTE UKM 2026 seperti ketetapan berikut:

📅Tarikh: 12 November 2026 (Khamis)
⏰️Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang
🏫Tempat: Dewan Anuwar Mahmud (DAM) dan DKG111F, Fakulti Sains dan Teknologi
🧭Pautan Pendaftaran: https://tinyurl.com/EWASTEUKM2026

📌Hari Pengumpulan E-Waste ialah inisiatif khas bagi mengumpul dan dan menguruskan barangan elektronik rosak secara selamat demi kelestarian alam sekitar.

📌Pelbagai aktiviti menarik:
🌏Ceramah E-Waste
🏆Pameran
🏞️Pertandingan Poster dan Video
🎯Kuiz Interaktif
🌽Jualan Makanan dan Minuman.

📌Selain itu YBhg. Prof. Ulung/Prof./Tan Sri/Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan berpeluang untuk menukarkan E-Waste kepada tunai dengan membawa barangan elektrik dan elektronik persendirian ke tapak pengumpulan E-Waste.

📌Dijemput bersama-sama menjayakan program ini.

📌Untuk maklumat lanjut sila hubungi ChM Noor Jannah Awang njannah@ukm.edu.my / ChM Norly Abd Aziz norly@ukm.edu.my

Sekian, terima kasih