Seminar Jabatan Fizik Gunaan, Fakulti Sains & Teknologi, UKM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato’/ Datin/ Profesor/ Tuan/ Puan,

Jemputan Menghadiri Seminar Jabatan Fizik Gunaan, Fakulti Sains & Teknologi, UKM

Sukacita ingin dimaklumkan bahawa Jabatan Fizik Gunaan akan mengadakan Seminar seperti di atas yang bertajuk “Kesan Aliran ke Atas Kakisan CO2 pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 3 Ogos 2022 (Rabu)
Masa : 9.30 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Bilik Seminar KTHO, Aras 1, Kolej Tun Hussein Onn

Penceramah: Ir Dr. Azmi Mohammed Nor 
Sehubungan itu, pihak Jabatan amat berbesar hati menjemput YBhg. Dato’/ Datin/ Profesor/ Tuan/ Puan untuk bersama-sama memeriahkan program tersebut.

Kesudian YBhg. Dato’/ Datin/ Profesor/ Tuan/ Puan memenuhi jemputan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.