Senam Riang Ria Aidilfitri

Salam Aildifitri Warga FST,

Setelah dua tahun menghadapi cabaran pandemik COVID-19, Aidilfitri kali ini mesti lebih meriah terutamanya dengan hidangan raya pelbagai juadah. Bagi menggalakkan warga FST tampil produktif dan proaktif supaya kekal bermotivasi dalam menjalankan tugas masing-masing sepanjang musim raya ini, FST@Motion akan menganjurkan aktiviti yang berikut:

“Senam Riang Ria Aidilfitri”
8.30 -9.30 pagi | 20 Mei 2020 (Jumaat)
Secara bersemuka di Persada FST & secara atas talian melalui platform Zoom

Semua warga FST dijemput memeriahkan aktiviti untuk sihat dan gembira bersama-sama.

Sudah dua tahun kita menaruh harapan,
Raya terkejut kali ini, lebih menggamit memori,
Setelah nikmati bermacam-macam hidangan,
Marilah bersenam, kita bakar kalori.

Jamuan raya FST minggu hadapan,
Beraya bersama sambil jaga diri,
Minggu ini kita buat senaman,
Minggu depan kita tampil lebih berseri.