Siri Kolokium Jabatan Sains Matematik (JSM): Sains Data & Statistik; Sama Tapi Tak Serupa

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Sains Matematik (JSM), Fakulti Sains dan Teknologi akan menganjurkan siri kolokium pada butiran seperti berikut:
Tajuk : Sains Data & Statistik: Sama Tapi Tak Serupa
Penceramah : Prof. Madya Dr. Zamira Hasanah Zamzuri
Program Statistik, Jabatan Sains Matematik
Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstrak : Acap kali, berlaku perdebatan berkaitan ciri-ciri bidang sains data dan statistik yang mana kelihatannya seakan-akan sama namun masih ada perbezaan yang ketara. Terma sains data yang kini kembali popular seiring dengan Revolusi Industri 4.0, dilihat sebagai satu bidang yang sangat relevan dengan era teknologi terkini dan menjanjikan prospek kerjaya yang meluas. Namun, terdapat perbahasan bahawa bidang sains data ini sebenarnya adalah bidang statistik yang diberi penjenamaan semula atau dimodenisasikan. Sejauh mana kebenaran pernyataan ini? Adakah benar sains data adalah sebenarnya statistik tetapi dalam pakaian yang berbeza? Beberapa kajian akademik yang membandingkan kedua bidang ini akan ditelaah bagi mencari jawapan terhadap persoalan di atas..
Tarikh : 14 April 2023 (Jumaat)
Masa : 10.00 pagi – 11.00 pagi
Kaedah : i) Bersemuka di Bilik Kolokium Bangunan Sains Matematik, FST, UKM
ii) Facebook Jabatan Sains Matematik, FST, UKM
Sukacita YBhg. Prof. Emeritus/Prof./Prof. Madya Dr/Dr./Tuan/Puan mewar – warkan jua hebahan siri kolokium ini kepada para pensyarah, penyelidik, pelajar siswazah dan pelajar prasiswazah untuk penyertaan.
Penyertaan YBhg. Prof. Emeritus/Prof./Prof. Madya Dr./ Dr/Tuan/Puan akan direkod ke dalam sistem UrusBakat UKM. Bersama emel ini dilampirkan poster siri kolokium untuk perhatian dan rujukan YBhg. Prof/Datuk/Dr./Tuan/Puan. Makluman lanjut berkaitan dengan kolokium berserta jadual boleh rujuk kepada laman sesawang: www.ukm.my/jsmt/kolokium. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Dr Lee Khai Chien: kclee_1017@ukm.edu.my