Siri Kolokium Jabatan Sains Matematik. Pengenalan kepada Pasaran Kewangan & Instrumen: Perspektif Pengurusan Portfolio

Salam sejahtera dan Salam Malaysia Madani,

YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

Jemputan Menghadiri Siri Kolokium Jabatan Sains Matematik

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Sains Matematik (JSM), Fakulti Sains dan Teknologi akan menganjurkan siri kolokium pada butiran seperti berikut:

Tajuk                    : Pengenalan kepada Pasaran Kewangan & Instrumen: Perspektif Pengurusan Portfolio

Penceramah       : Dr. Siti Norafidah Mohd Ramli, CFA

                                Program Aktuari, Jabatan Sains Matematik

                                Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak                : Apabila khalayak mula mempelajari tentang pasaran kewangan, perkara pertama yang terlintas di fikiran ialah saham & saham, iaitu pasaran ekuiti. Sesi ini akan meninjau tentang salah satu aplikasi pasaran dan instrumen kewangan, iaitu pengurusan portfolio untuk pelabur institusi. Selepas meluangkan sedikit masa untuk menerangkan pasaran kewangan, sesi akan menumpukan kepada pasaran pendapatan tetap, pemain pasaran serta perkembangan gaya perumpukan aset dalam kalangan dana pencen dan dana endowmen dari tahun 1970-an hingga milenium. Sesi juga akan menerangkan tentang proses pengurusan pelaburan dan pendekatan/model yang boleh digunakan oleh pengurus portfolio untuk mencapai objektif dana.

Tarikh                   : 17 Februari 2023 (Jumaat)

Masa                    : 10.00 pagi – 11.00 pagi

Kaedah                 : i) Bersemuka di Bilik Kolokium Bangunan Sains Matematik, FST, UKM

  1.  ii) Facebook Jabatan Sains Matematik, FST, UKM

                                   https://www.facebook.com/jsmfst

Sukacita YBhg. Prof. Emeritus/Prof./Prof. Madya Dr/Dr./Tuan/Puan mewar-warkan jua hebahan siri kolokium ini kepada para pensyarah, penyelidik, pelajar siswazah dan pelajar prasiswazah untuk penyertaan.

Penyertaan  YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan akan direkod ke dalam sistem UrusBakat UKM. Bersama emel ini dilampirkan poster siri kolokium untuk perhatian dan rujukan  YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan. Makluman lanjut berkaitan dengan kolokium berserta jadual boleh rujuk kepada laman sesawang: www.ukm.my/jsmt/kolokium. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Dr Lee Khai Chien: kclee_1017@ukm.edu.my

Sekian, terima kasih.