Syarahan Profesor Emeritus FST: Menyingkap Rahsia Kewujudan Fosil Semenanjung Malaysia

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
 
YBhg. Prof. Emeritus/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Dengan hormatnya izinkan saya merujuk perkara di atas.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Sains dan Teknologi akan mengadakan Syarahan Profesor Emeritus FST bertajuk Menyingkap Rahsia Kewujudan Fosil Semenanjung Malaysia yang akan disampaikan oleh YBhg. Prof. Emeritus Dr. Mohd Shafeea Leman seperti maklumat berikut:

Tarikh:     30 Mac 2022 (Rabu)
Masa:       2.30 petang
Kaedah:   Aplikasi Zoom
 
Sehubungan itu, YBhg. Prof. Emeritus/Prof./Dr./Tuan/Puan dijemput untuk menghadiri Syarahan tersebut. Keterlibatan dan kehadiran  YBhg. Prof. Emeritus/Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.