TAKLIMAT PENERBITAN BUKU TERINDEKS (BkCl) 2022

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato’/Prof. / Prof Madya/ Dr. / Tuan / Puan,

JEMPUTAN MENGHADIRI TAKLIMAT PENERBITAN BUKU TERINDEKS (BkCl) 2022

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Dimaklumkan bahawa Sekretariat Penyelidikan dan Inovasi, FST akan menganjurkan Taklimat Penerbitan Buku Terindeks (BkCl) 2022 seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 30 Jun 2022 (Khamis)
Masa: 9.30 – 11.30 pagi
Tempat: Secara Telesidang (Aplikasi Webex Meeting)

https://rb.gy/lrxrju
No. mesyuarat: 2644 063 5298
Kata laluan: FST1234 (3781234 dari telefon & sistem video)

Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati YBhg. Dato’/Prof. / Prof Madya/ Dr. / Tuan / Puan untuk menghadiri taklimat ini. Kehadiran akan direkodkan dalam Sistem Pengurusan Pembangunan Bakat UKM (UrusBakat). Segala perhatian YBhg. Dato’/Prof. / Prof Madya/ Dr. / Tuan / Puan berkenaan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih dan salam hormat.

SEKRETARIAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI
23 JUN 2022