Webinar Sains Tauhidik “Pemindahan Sains dan Teknologi Dari Peradaban Yunani & Byzantium ke Peradaban Islam”

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato’/ Datin/ Profesor/ Tuan/ Puan,

Jemputan Menghadiri Webinar Sains Tauhidik Bil.10/2022 Anjuran Jabatan Fizik Gunaan, Fakulti Sains & Teknologi, UKM

Sukacita ingin dimaklumkan bahawa Jabatan Fizik Gunaan akan mengadakan Siri Webinar seperti di atas yang bertajuk “Pemindahan Sains dan Teknologi Dari Peradaban Yunani & Byzantium ke Peradaban Islam” pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 22 November 2022 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Secara dalam talian di Aplikasi Zoom & Live FB fstukmbangi
Penceramah: Profesor Emeritus Dato’ Dr. Mohd Yusof Bin Hj Othman
Link: https://bit.ly/3AhUfps

Sehubungan itu, pihak Jabatan amat berbesar hati menjemput YBhg. Dato’/ Datin/ Profesor/ Tuan/ Puan untuk bersama-sama memeriahkan program tersebut.

Kesudian YBhg. Dato’/ Datin/ Profesor/ Tuan/ Puan memenuhi jemputan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.