SEMINAR TVET FELLOWSHIP 2022

Program Fellowship adalah suatu program tahunan dan ditawarkan kepada pengajar TVET yang berdaftar di dalam Sistem TiPS. Kesemua pengajar yang terpilih akan ditempatkan di universiti tempatan / agensi penyelidikan bagi menjalani latihan penyelidikan. Felo yang telah melengkapkan Program TVET Fellowship dengan jayanya serta telah mengemukakan laporan TVET Fellowship kepada pihak CIAST bakal dianugerahkan Sijil TVET Fellowship.

Seminar ini akan membentangkan hasil-hasil kajian TVET oleh peserta Program TVET Fellowship 2022. Ayuh tonton sesi perasmian secara dalam talian di Facebook rasmi Pusat IDEA UKM: https://www.facebook.com/IDEA-UKM-156594191686270

WEBINAR – HIGH IMPACT JOURNAL WRITING: What Are The Real Challenges?

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

YBhg. Prof./Datuk/Dato/Tuan/Puan,

Kluster Penyelidikan Teknologi Digital dan Terkehadapan (TDT) menerusi Pusat IDEA UKM dengan kerjasama Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) UKM akan mengadakan sesi Webinar dengan topik yang sangat menarik dan ditunggu-tunggu oleh para Penyelidik UKM iaitu HIGH IMPACT JOURNAL WRITING: What Are The Real Challenges? Semua warga UKM dijemput hadir dan penyertaan anda akan direkodkan ke dalam Sistem URUSBAKAT UKM.

Tarikh Acara : 24/11/2022
Masa Acara: 10:00 Pagi- 12:00 Tengah hari
Tempat : Aplikasi ZOOM dan Secara Langsung Facebook Kluster Penyelidikan TDT UKM
Penganjur / Penganjur Bersama : Kluster Penyelidikan Teknologi Digital dan Terkehadapan UKM (Pusat IDEA) dengan kerjasama FTSM UKM
Pautan Sesi: https://tinyurl.com/59u9htk5
Facebook Live: www.facebook.com/UKMFrontiers

Bicara Penyelidikan: Sesi Perkongsian Geran Antarabangsa ASEAN- India Collaborative R&D Scheme 2022

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Pusat IDEA akan menganjurkan Bicara Penyelidikan: Sesi Perkongsian Geran Antarabangsa ASEAN- India Collaborative R&D Scheme 2022 yang akan diadakan seperti pada ketetapan yang berikut:

Tarikh         : 30 November 2022 (Rabu)
Masa          : 10:00 pagi-12:00 tghari
Tempat      : Secara Online di Aplikasi Zoom
Pautan    : https://ukm-edu-my.zoom.us/j/91403707203?pwd=a1lCYmU3MmRJTGlyVjUyMzdNR3BIZz09
Meeting ID: 914 0370 7203
Passcode  : 191734

Penyelidik yang berminat boleh melakukan Pra-pendaftaran sebelum 26 November 2022
seperti di pautan berikut: https://shorturl.at/HUZ01

Pautan Hebahan:
https://www.aistic.gov.in/ASEAN/aistdfCollaborative

Tarikh Tutup Geran:
31st December 2022 (5:00PM India Standard Time)

Sekian, terima kasih.

Bicara Penyelidikan: Asia-Pacific Network for Global Change Research 2022 International Grant Sharing Session

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Pusat IDEA akan menganjurkan Bicara Penyelidikan: Sesi Perkongsian Geran Antarabangsa Asia-Pacific Network for Global Change Research (APN-GCR 2022) yang akan diadakan seperti pada ketetapan yang berikut:

Tarikh             : 24 November 2022 (Khamis)
Masa              : 2:15-4:00 petang
Tempat          : Secara Online di Aplikasi Zoom
Pautan Pendaftaran: https://shorturl.at/gmvET
Pautan Hebahan:
https://www.apn-gcr.org/opportunities/calls-for-proposals/
Tarikh Tutup Geran: Sunday, 4th of December 2022 (Japan Standard Time midnight) 

Bicara Penyelidikan: Panduan Dan Strategi Dalam Memburu Geran FRGS

Kluster Penyelidikan Teknologi Digital dan Terkehadapan (TDT) UKM menerusi Pusat IDEA UKM akan menganjurkan sesi Bicara Penyelidikan dengan topik `PANDUAN DAN STRATEGI DALAM MEMBURU GERAN FRGS`.

Antara objektif penganjuran sesi bicara penyelidikan ini adalah bertujuan meningkatkan lagi pengetahuan dan memberi input berguna kepada para penyelidik UKM terutamanya para penyelidik muda pewaris Watan universiti dalam memburu geran Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) yang dikelolakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Sesi Bicara Penyelidikan ini menampilkan penceramah berpengalaman luas dalam meneraju Kluster Penyelidikan di UKM dan juga peringkat KPT, YBhg. Prof. Dr. Che Hassan Che Haron.

Beliau akan berkongsikan sedikit sebanyak tips dan panduan dalam mendapatkan geran FRGS.

Mari beramai-ramai sertai sesi bicara penyelidikan secara maya ini.

Kehadiran akan direkodkan ke dalam sistem URUSBAKAT UKM.

Pautan Zoom: https://tinyurl.com/kdhujy35

Pemakluman Pembukaan Permohonan Penubuhan Kumpulan Penyelidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (KPU) Tahun 2022

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat IDEA UKM telah membuka permohonan penubuhan Kumpulan Penyelidikan Universiti bagi Tahun 2022 mulai 12 Oktober 2022 (Rabu) sehingga 30 November 2022 (Rabu).

Sehubungan ini, dipohon untuk memaklumkan pembukaan permohonan penubuhan KPU ini kepada semua penyelidik di fakulti/institut/pusat masing-masing. Borang-borang dan dokumen berkaitan boleh dicapai dan dimuat turun di Laman Web Rasmi IDEA-UKM https://www.ukm.my/ideaukm/muat-turun/

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, boleh menghubungi pegawai IDEA, Puan Izziati Mas Adaveena Abdul Ghani melalui emel izziatimasadaveena@ukm.edu.my atau Puan Nor Eloni Nor Azmi melalui emel eloni@ukm.edu.my .

Kerjasama dan perhatian YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya Dr./tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian & salam hormat.

Bengkel Bimbingan Pengurusan Projek Penyelidikan

Kluster Penyelidikan Warisan dan Masyarakat Madani (WMM), Pusat IDEA UKM bersama Institut Islam Hadhari, UKM akan menganjurkan Bengkel Bimbingan Pengurusan Projek Penyelidikan seperti butiran berikut:

Tarikh: 06 Oktober 2022 / 09 Rabiulawal 1444 (Khamis)
Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
Platform: Secara atas talian (Aplikasi Zoom)
Pendaftaran: https://forms.gle/ZMMJe5Xbo5M4bksi7

Penceramah:

YBhg. Prof. Dr. Nazura Abdul Manap
Profesor, Fakulti Undang-Undang, UKM

Moderator:

YBrs. Cik Zubaidah Mohd Nasir
Felo Penyelidik, Institut Islam Hadhari, UKM

AUAP Research Fund 2022

HEBAHAN PELAWAAN GERAN ANTARABANGSA
AUAP RESERACH FUND 2022

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Pusat IDEA UKM menerusi Kluster Kesihatan dan Perubatan Termaju mencari penyelidik UKM yang berminat untuk memohon pelawaan AUAP Research Fund 2022

Penyelidik yang mempunyai idea dan cadangan projek perlu bersedia dengan:

  1. Tajuk Projek
  2. Ringkasan Eksekutif (300 patah perkataan)

dan hantar kepada Urus Setia Pusat IDEA selewat-lewatnya sebelum 29 September 2022 melalui pautan berikut: https://tinyurl.com/AUAP2022


📢[INFO PENTING]📢

📌A maximum amount of USD$ 5,000 will be awarded
📌Application Fee: AUAP Member: USD$ 100

🖇️Registration Link: https://tinyurl.com/AUAPRegistration
🖇️More Information: https://tinyurl.com/AUAPmoreinfo
🖇️Reminder: https://tinyurl.com/AUAPreminder

Sesi Bimbingan dan Pemantapan Kertas Cadangan Penyelidikan Memohon Geran Sumitomo 2022

Pusat IDEA-UKM akan menganjurkan Sesi Bimbingan dan Pemantapan Kertas Cadangan Memohon Geran Sumitomo 2022 yang akan diadakan seperti pada ketetapan yang berikut:

Tarikh: 7 Oktober 2022 (Jumaat)
Masa: 9:00 pagi – 4:30 petang
Tempat: Fizikal/Bersemuka (akan dimaklumkan kemudian)
Pendaftaran: https://bit.ly/3S37mBA

PENTING
-Penyertaan ini terbuka kepada semua penyelidik dari bidang Sains Teknologi & Sains Sosial
-Rujuk pautan http://sumitomo.or.jp/e/Jare/japanrela.html untuk maklumat selanjutnya
-Penyelidik bersedia dengan Draf kertas cadangan penyelidikan semasa sesi bimbingan dan pemantapan
-Membuat pra-pendaftaran sebelum atau pada 3 Oktober 2022 jam 4.00 petang

Sekian, terima kasih.

1 2 3 5