Pusat IDEA UKM dan Kluster Penyelidikan akan menganjurkan Sesi Bimbingan dan Pemantapan Kertas Cadangan Penyelidikan Dana Pembangunan Teknologi 2 (TeD 2) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang akan diadakan seperti pada ketetapan yang berikut:

Tarikh: 27 September 2022 (Selasa)
Masa: 9:30 pagi – 1:00 petang
Tempat: Secara Dalam Talian
Platform: Aplikasi Zoom
Pendaftaran:
https://shorturl.at/cCDSV

Penyertaan ini terbuka kepada penyelidikan yang menyokong Cabaran Perdana Malaysia dan telah mencapai tahap kesediaan teknologi (TRL4-7)

Nota PENTING kepada peserta:

  1. Rujuk pautan garis panduan geran bagi mendapatkan maklumat terperinci
  2. Membuat pra-pendaftaran sebelum 22 September 2022
  3. Bersedia dengan melengkapkan Borang Permohonan TeD 2 di Sistem Dana Bersepadu (SDB) MOSTI https://sdb.mosti.gov.my/sdbcms/en/
  4. Penyelidik yang terpilih akan menghadiri Sesi Bimbingan pada tarikh yang ditetapkan

Garis Panduan TeD 2 boleh di semak melalui pautan berikut: https://sdb.mosti.gov.my/sdbcms/wp-content/uploads/2022/08/GARIS-PANDUAN-TED2_26082022.pdf

Sekian, terima kasih

Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.

You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">HTML</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

*