Kluster Penyelidikan Teknologi Digital dan Terkehadapan (TDT) UKM menerusi Pusat IDEA UKM akan menganjurkan sesi Bicara Penyelidikan dengan topik `PANDUAN DAN STRATEGI DALAM MEMBURU GERAN FRGS`.

Antara objektif penganjuran sesi bicara penyelidikan ini adalah bertujuan meningkatkan lagi pengetahuan dan memberi input berguna kepada para penyelidik UKM terutamanya para penyelidik muda pewaris Watan universiti dalam memburu geran Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) yang dikelolakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Sesi Bicara Penyelidikan ini menampilkan penceramah berpengalaman luas dalam meneraju Kluster Penyelidikan di UKM dan juga peringkat KPT, YBhg. Prof. Dr. Che Hassan Che Haron.

Beliau akan berkongsikan sedikit sebanyak tips dan panduan dalam mendapatkan geran FRGS.

Mari beramai-ramai sertai sesi bicara penyelidikan secara maya ini.

Kehadiran akan direkodkan ke dalam sistem URUSBAKAT UKM.

Pautan Zoom: https://tinyurl.com/kdhujy35