Centre for IDEA UKM

 

Pembukaan Permohonan Geran Translasi UKM (TR-UKM) Di Bawah Dana Universiti Penyelidikan (UP) Tahun 2022

Pusat IDEA UKM (IDEA) akan membuka permohonan geran penyelidikan di bawah Dana Universiti Penyelidikan (UP) bagi Tahun 2022 bagi Geran Translasi UKM (TR-UKM).

Permohonan ini akan dibuka mulai 25 April 2022 sehingga 8 Jun 2022 dan dilaksanakan secara dalam talian menggunakan Sistem Maklumat Penyelidikan Universiti (SMPU) yang boleh diakses di pautan https://appsmu.ukm.my/smpu/.

Setiap permohonan perlu menepati kriteria penyelidikan, berkualiti dan mengikut garis panduan. Sila rujuk Garis Panduan yang terkini di laman web IDEA (http://ukm.my/ideaukm/muat-turun/) atau di SMPU. Setiap permohonan perlu melalui proses penilaian di peringkat fakulti/institut/pusat dan permohonan yang tidak melalui proses penilaian di peringkat fakulti/institut/pusat tidak akan dipertimbangkan untuk penilaian di peringkat UKM.

Sukacita pihak IDEA juga akan mengadakan Taklimat Permohonan Geran Translasi UKM (TR-UKM) secara dalam talian seperti pada ketetapan berikut:

Tarikh: 22 April 2022 (Jumaat)
Masa: 9.00 pagi
Platform: Aplikasi Webex
https://ukm.webex.com/ukm/j.php?MTID=mbd0a9aabb7ff75132dcfd7b6d1bb7d5f
Meeting number: 2642 407 8183
Meeting password: yBJ33AQHcr3

Bersama-sama ini disampaikan poster hebahan pembukaan geran, poster taklimat permohonan, jadual kerja, garis panduan, senarai semak dan dokumen-dokumen berkaitan geran untuk makluman dan rujukan.
Pautan Dokumen: https://drive.google.com/drive/folders/1tdFSoM_lDH8Th40pF4a7i4oB8ajo_Mgs?usp=sharing

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak YBhg.Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./tuan/puan boleh menghubungi pegawai IDEA, Cik Nurul Nadziffah di talian 03-89118265 atau Puan Nor Eloni di talian 03-89118263.

IDEA
18 APRIL 2022
Website IDEA-UKM: http://www.ukm.my/ideaukm/