Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. Ulung/ Prof./ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

MAKLUM BALAS KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP PERKHIDMATAN PUSAT IDEA UKM

Dengan segala hormatnya izinkan saya merujuk perkara di atas.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat IDEA UKM (IDEA-UKM) menjemput YBhg. Prof. Ulung/ Prof./ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan untuk mengisi dan melengkapkan Borang Soal Selidik Kajian Kepuasan dan Maklum Balas Pelanggan Pusat IDEA seperti yang dinyatakan di atas.
  2. Tujuan soal selidik ini dijalankan adalah untuk mendapatkan maklum balas mengenai perkhidmatan yang telah diberikan oleh pihak IDEA-UKM kepada seluruh pelanggan kami. Diharapkan maklum balas positif dan membina yang diberikan dapat dijadikan input penambahbaikan kualiti perkhidmatan di IDEA-UKM dan seterusnya akan membantu pihak kami dalam meningkatkan tahap kecekapan penyampaian perkhidmatan yang diperlukan. Berikut adalah pautan bagi capaian borang soal selidik: https://forms.gle/HCpvVECnkTETduay5
  3. Kerjasama dan jasa baik pihak YBhg. Prof. Ulung/ Prof./ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan dalam melengkapkan borang soal selidik ini dan memanjangkan perkara ini kepada warga UKM di PTj masing-masing amat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Salam hormat.

PUSAT IDEA
Universiti Kebangsaan Malaysia

Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.

You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">HTML</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

*