Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat IDEA UKM telah membuka permohonan penubuhan Kumpulan Penyelidikan Universiti bagi Tahun 2022 mulai 12 Oktober 2022 (Rabu) sehingga 30 November 2022 (Rabu).

Sehubungan ini, dipohon untuk memaklumkan pembukaan permohonan penubuhan KPU ini kepada semua penyelidik di fakulti/institut/pusat masing-masing. Borang-borang dan dokumen berkaitan boleh dicapai dan dimuat turun di Laman Web Rasmi IDEA-UKM https://www.ukm.my/ideaukm/muat-turun/

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, boleh menghubungi pegawai IDEA, Puan Izziati Mas Adaveena Abdul Ghani melalui emel izziatimasadaveena@ukm.edu.my atau Puan Nor Eloni Nor Azmi melalui emel eloni@ukm.edu.my .

Kerjasama dan perhatian YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya Dr./tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian & salam hormat.