Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat IDEA akan menganjurkan Seminar Pembentangan Laporan Akhir bagi projek Dana Cabaran Perdana (DCP) yang telah tamat tempoh dan Pemantauan Laporan Kemajuan bagi projek Geran Penyelidikan Khas (GPK) Top Down.

Untuk makluman pihak YBhg. Prof./Dato’/Tuan/Puan, Seminar Pemantauan Laporan Akhir Dana Cabaran Perdana ini merupakan suatu platform yang memberi peluang kepada Ketua Program membentangkan dapatan penyelidikan di samping mengenalpasti potensi hasil penyelidikan yang boleh diteruskan sehingga ke peringkat pengkomersialan serta penghasilan Kertas Dasar untuk pihak berkepentingan.

Manakala, Seminar Pemantauan Laporan Kemajuan Geran Penyelidikan Khas (GPK) Top Down pula bertujuan untuk memberi ruang kepada Ketua Projek membentangkan kemajuan penyelidikan serta membincangkan permasalahan semasa yang sedang dihadapi dan memberikan idea supaya projek dapat berjalan lancar dan berupaya ditamatkan mengikut jadual serta mencapai sasaran KPI yang telah disasarkan sebelum ini.

Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.

You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">HTML</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

*