Maklumat Umum

Selamat Datang ke

Laman web kami untuk Pengajian Prasiswazah
di Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina, UKM!

 

Tujuan program sarjana muda kejuruteraan adalah untuk menghasilkan jurutera yang dapat menggunakan pengetahuan saintifik untuk mencipta kejayaan sehingga membawa kepada taraf hidup yang lebih baik. Oleh itu, jurutera haruslah inovatif, kreatif dan beretika dalam mencipta dan menghasilkan keperluan untuk komuniti seperti kenderaan, jambatan, utiliti air, alat komunikasi dan bangunan. Usaha ini sejajar dengan Wawasan 2020 yang memberikan cabaran kepada para jurutera untuk membangun Malaysia sebagai negara industri sepenuhnya dengan teknologi tinggi serta mempunyai moral dan etika yang tinggi. Program kejuruteraan harus membawa kepada pemikiran holistik dan kreatif. Lulusan yang dihasilkan akan mempunyai peluang yang lebih baik untuk memiliki kerjaya yang baik dan sesuai dengan tuntutan semasa.