Kemudahan
Kadar Sewaan Ruang Di Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina
(Sila klik jadual berkenaan untuk paparan yang lebih besar dan klik sini untuk gambar)
Syarat Am
- Pekeliling Bendahari bil 02/2015 dijadikan panduan dalam penetapan kadar sewaan.
- Kiraan kadar adalah bagi sewaan sehari ( 8.00 pagi- 5petang), selepas itu, tambahan perjam 15% daripada harga sewa.
- Separuh hari dikira jika penggunaan kurang daripada 4 jam, 5 jam dikira 1 hari.
- Caj dikenakan bagi kakitangan/pelajar yang menganjurkan aktiviti dan menjana keuntungan.
- Sebarang kerosakan kemudahan/peralatan akan ditanggung sepenuhnya oleh penyewa
Definasi
- Swasta /GLC/GLIC/GOC -Syarikat Swasta dan syarikat GLC seperti khazabah Nasional, Petronas, Sime Darby, Telekon, Tenaga Nasional Berhad, Bank Simpanan Nasional dan sebagainya.
- Kerajaan/Badan Berkanun/NGO – melibatkan kementerian persekutuan, Badan berkanun seperti Majlis Sukan Negara, Perbadanan Aset Keretapi, MPOB sebagainya dan NGO seperti YADIM, Gerakan Belia 4B, Perkim, PEMADAM dan lain-lain.
- Kakitangan/Pelajar – Kadar hanya dikenakan kepada para kakitangan/pelajar yang menganjurkan program bersifat keuntungan
Kaedah Bayaran
- Bayaran tunai/Cek di kaunter Jabatan Bendahari, Aras 1, Bangunan Canselori, UKM atau kepada Puan Safa di Pejabat Dekan FKAB, Aras 4, Bangunan Pentadbiran FKAB, UKM
- Bayaran cek atas nama BENDAHARI UKM