Lembaga Pengarah UKM
Keahlian
Datuk Johan Idris
Pengerusi Lembaga Pengarah UKM
Datuk Johan Idris dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah UKM bermula 1 Disember 2025. Beliau kini merupakan Pengerusi Maxis Sdn. Bhd dan Rakan Kongsi Urusan KPMG di Malaysia serta berkhidmat sebagai Ahli Lembaga KPMG Asia Pacific dan Ahli Majlis KPMG International.
Datuk Johan pernah memegang jawatan sebagai Presiden Institut Akauntan Malaysia (MIA) bagi penggal 2013 hingga 2015. Datuk Johan juga kini merupakan Ahli Majlis dan Exco Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA).
Pengalaman profesionalnya melangkaui Malaysia dengan mengetuai dan menguruskan audit (assurance assignment) pada peringkat antarabangsa termasuk penglibatan dalam 500 syarikat tersenarai awam yang terbesar (Fortune 500). Kepakaran beliau meliputi pembabitan dalam sektor automotif; minyak dan gas; perladangan; makanan dan minuman; pengangkutan; peruncitan dan pembuatan; teknologi; dan sektor penjanaan kuasa.
Pengalaman dan kepakaran yang meluas telah melayakkan beliau dianugerahkan Juara CEO oleh Talent Corporation Malaysia pada tahun 2015.
Prof.Dr. Sufian Jusoh
Naib Canselor
Universiti Kebangsaan Malaysia
Prof. Datuk Dr. Azlinda Azman
Wakil Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia
Prof. Datuk Dr. Azlinda Azman dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah UKM (Wakil Kementerian Pendidikan Tinggi) pada 31 Mei 2023. Beliau memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam sebagai Pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 2005. Prof. Datuk Dr. Azlinda Azman berpengalaman sebagai Dekan Pusat Sains Pengajian Kemasyarakatan, USM dan pernah dilantik menjadi Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar USM pada tahun 2022. Beliau juga bergiat aktif dalam bidang kerja sosial dan menyandang jawatan sebagai Presiden Persatuan Pekerja Sosial Malaysia bagi tahun 2021 hingga 2023 serta menerima IKON Kerja Sosial oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada tahun 2021. Prof. Datuk Dr. Azlinda Azman merupakan pemegang ijazah kedoktoran dalam bidang Clinical Social Work, New York University, Amerika Syarikat.
Pn. Habshah Ali
Wakil Kementerian Kewangan Malaysia
Pn. Habshah Ali berkelulusan MBA dari UPM dan Bac. IT (Hons) dari UUM, kini menjawat jawatan Timbalan Setiausaha Bahagian di Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan, Kementerian Kewangan. Dengan pengalaman perkhidmatan lebih dua dekad, beliau pernah berkhidmat di JPA, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Perladangan dan Komoditi, serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Kepakaran beliau meliputi dasar saraan, pembangunan modal insan, pengurusan bajet, perolehan, bencana sektor pertanian, dan penyelarasan program berskala besar. Beliau turut aktif sebagai ahli lembaga pengarah pelbagai agensi serta badan pengurusan berkaitan perjawatan dan tatatertib. Beliau telah dianugerahkan beberapa darjah kebesaran dan anugerah cemerlang perkhidmatan awam.
Dato’ Dr. Mohd Zaidi Md Zain@Zakaria
Wakil Masyarakat
Dato’ Dr. Mohd Zaidi Md Zain @ Zakaria dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah UKM (Wakil Masyarakat Setempat) pada 1 Mac 2023. Dato’ Dr. Mohd Zaidi Md Zain @ Zakaria memiliki Firma Guaman Syarie Zaidi Zain & Associates dan berpengalaman luas dalam mengendalikan kes-kes litigasi di Mahkamah Syariah di seluruh negara. Beliau juga merupakan Pengarah dan pemegang saham Syarikat Suasana Cemerlang Development Sdn. Bhd. yang bergiat aktif dalam projek pembangunan perumahan. Beliau juga bergiat aktif sebagai Exco dalam Persatuan Peguam Syarie Malaysia. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana dan juga Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Syariah dan Undang-Undang dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Prof. Dr. Bariah Mohd Ali
Wakil Senat
Prof. Dr. Bariah Mohd Ali dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah UKM (Wakil Senat) pada 1 Mac 2023. Beliau merupakan Profesor dalam bidang kanta sentuh di program Optometri dan Sains Penglihatan dan Pusat Kajian Kesihatan Komuniti (ReaCh), Fakulti Sains Kesihatan, UKM. Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang Pegawai Optometri di syarikat swasta sebelum berkhidmat di UKM pada penghujung 1991. Minat dan kecenderungan dalam perkhidmatan klinikal, pendidikan dan penyelidikan kanta sentuh khas (specialty contact lenses) membolehkan beliau memberi sumbangan kepakaran diperingkat kebangsaan dan antarabangsa. Beliau telah diiktiraf sebagai Felo oleh Persatuan Optometris Malaysia (AMO), British Contact Lens Association (BCLA), American Academy of Optometry (AAO) dan Pertubuhan Akademi Optometri Malaysia (PAOM). Pada tahun 2020, beliau telah dinobatkan sebagai penerima anugerah Contact Lens Educator’s Award (Asia Pacific Region) oleh International Association of Contact Lens Educators (IACLE), Sydney, Australia atas sumbangan beliau dalam pendidikan kanta sentuh di rantau Asia Pasifik. Beliau memperolehi pendidikan Ijazah Sarjana Muda (Optometri) dari UKM dan Ijazah Doktor Falsafah dari The University of New South Wales, Sydney, Australia.
Tan Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad
Wakil Sektor Swasta
Tan Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah UKM (Wakil Sektor Swasta) pada 16 Mac 2025. Beliau memiliki Ijazah Kedoktoran dalam Perancangan Sosial Strategik dengan pengkhususan dalam “Wanita dalam Pembuat Keputusan” dari School of Politics and International Relations, University of Leeds, United Kingdom, selepas menamatkan pengajian Ijazah Sarjana dalam Pembangunan Sumber Manusia dan Perhubungan Perindustrian dari Graduate School of Public and International Relations, University of Pittsburgh, Amerika Syarikat. Beliau turut memiliki Diploma dalam Pengurusan dari Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan sijil dalam dasar awam dari Harvard Kennedy School of Government, Amerika Syarikat. Seorang tokoh cemerlang dengan rekod pencapaian yang amat membanggakan, Tan Sri Dr. Sharifah Zarah telah mendedikasikan hidupnya untuk berkhidmat kepada negara sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik selama 38 tahun. Jawatan terakhir beliau ialah Ketua Setiausaha, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Antara kepakaran beliau termasuklah hubungan antarabangsa; kepimpinan transformasi; dasar awam dan tadbir urus; pemerkasaan wanita; pembangunan organisasi; komunikasi strategic; dan pembangunan komuniti.
Dato' Hisham Nordin
Wakil Sektor Swasta
Dato’ Hisham Nordin dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah UKM (Wakil Sektor Swasta) pada 1 Jun 2025. Beliau merupakan seorang tokoh berpengalaman luas dalam bidang kejuruteraan, korporat dan perkhidmatan awam dengan lebih 35 tahun pengalaman. Berkelulusan Sarjana dalam Pengurusan Jenayah Ekonomi dari HELP University dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari University of Sunderland. Beliau pernah berkhidmat di sektor swasta termasuk Indah Water Konsortium, Johawaki Group dan beberapa syarikat pembinaan terkemuka. Dalam sektor awam, beliau berperanan penting sebagai Pengarah NKRA Rasuah di SPRM dan Pegawai Khas di Jabatan Perdana Menteri serta Kementerian Pelajaran. Kini, beliau memegang jawatan strategik di MyIPO, Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Malaysian Rubber Council dan syarikat korporat lain dengan penglibatan aktif dalam tadbir urus, pengurusan risiko, kewangan dan integriti organisasi. Berpengalaman antarabangsa dan pernah mengetuai pelbagai jawatankuasa, beliau dikenali sebagai pemimpin yang komited, berkaliber dan berintegriti tinggi.
Dato’ Yeow Wah Chin
Wakil Alumni Universiti
Dato’ Yeow Wah Chin telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah UKM (Wakil Alumni) pada 15 Mei 2019. Beliau sangat berpengalaman luas dalam bidang perbankan dan undang-undang komersial. Kini, beliau menjadi Pengurus Bersama melalui penubuhan firma guaman Tetuan Yeow & Salleh. Beliau telah berkhidmat sebagai Ahli Jawatankuasa Disiplin Peguambela dan Peguamcara selama beberapa tahun dan juga pernah berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Amalan Penyampaian Majlis Peguam. Alumni UKM ini mempunyai latar belakang pendidikan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari UKM, Ijazah Sarjana Muda Undang Undang dari University of Wales, Aberystwyth, UK dan memperoleh Certificate in Legal Practice (CLP). Beliau juga banyak melibatkan diri dalam Badan Bukan Kerajaan antaranya Council Chairman of Lions Clubs International Multiple District 308 untuk Malaysia, Singapura dan Brunei; Penasihat Undang-undang Persatuan Hokkien; serta Penasihat Undang-undang Persatuan Penterjemah Untuk Orang Pekak, Wilayah Persekutuan dan Selangor.
Prof. Dr. Mohamad Tajuddin Haji Mohamad Rasdi
Wakil Berpengetahuan dan Berpengalaman
Prof. Dr Mohamad Tajuddin Mohamad Hj. Rasdi dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah UKM (Wakil Berpengetahuan dan Berpengalaman) pada 1 Jun 2023. Beliau pernah berkhidmat sebagai Profesor di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) selama 28, sebelum menyertai UCSI University pada tahun 2015 sehingga kini. Mendapat pendidikan Sarjana dan Sarjana Muda Sains dalam bidang Seni Bina di University Wisconsin, Milwaukee sebelum dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah di University of Edinburgh, Scotland. Prof. Dr Mohamad Tajuddin merupakan seorang penulis dan penceramah prolifik dalam seni bina, politik, isu sosial, agama dan pendidikan. Kebitaraan beliau terserlah dengan penerbitan 60 buah buku mengenai seni bina berkenaan islam, masjid, perumahan, pembinaan komuniti dan perancangan pusat pentadbiran. Beliau juga menjadi kolumnis dalam beberapa media massa untuk berkongsi pandangan berkenaan isu semasa. Beliau juga berpengalaman sebagai Ahli Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat dan Ahli Majlis MQA. Kecemerlangan Prof. Dr Mohamad Tajuddin juga diperakui apabila pernah menerima Anugerah Masyarakat Sivil oleh Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Anugerah Perpaduan Nasional daripada Persatuan Universiti Swasta dan empat (4) penghargaan dalam Anugerah Buku Kebangsaan.
En. Ahmad Rizal Adnan
Ahli Ganti Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia
En. Ahmad Rizal Adnan seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik berpengalaman, kini memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Governan dan Pembangunan) di Kementerian Pendidikan Tinggi. Beliau berkelulusan Sarjana Teknologi Maklumat dari UKM, Sarjana Muda Syariah dari UM, dan memiliki Diploma Pengurusan Awam dari INTAN. Sepanjang lebih dua dekad dalam perkhidmatan awam, beliau pernah menyandang pelbagai jawatan penting termasuk Pegawai Khas kepada Menteri dan memimpin beberapa bahagian utama dalam KPT dan Kementerian Pembangunan Usahawan. Beliau turut menjadi ahli lembaga pengarah di beberapa universiti awam dan agensi, serta menerima beberapa anugerah perkhidmatan cemerlang dan darjah kebesaran negara.
En. Mohammad Khairul Nazri Ghazali
Wakil Ganti Kementerian Kewangan Malaysia
En. Mohammad Khairul Nazri Ghazali kini berkhidmat sebagai Ketua Sekretariat Bantuan Tunai Kerajaan di Kementerian Kewangan Malaysia. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari UiTM, Diploma Eksekutif Inovasi dan Keusahawanan dari USM dan Diploma Pentadbiran Awam dari INTAN.
Beliau mempunyai pengalaman luas dalam urusan kewangan kerajaan, bantuan tunai rakyat, serta pernah bertugas sebagai Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri. Beliau turut menjadi ahli
lembaga pengarah di beberapa agensi, serta menerima pelbagai anugerah perkhidmatan cemerlang sepanjang kerjaya beliau.
Ex-Officio
Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor
Timbalan Naib Canselor
Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa
Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman
Timbalan Naib Canselor
Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni
Prof. Dr. Ismanizan Ismail
Timbalan Naib Canselor
Hal-Ehwal Penyelidikan dan Inovasi
Prof. Dr. Bariah Mohd Ali
Timbalan Naib Canselor
Hal-Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat
En. Mohd Azli Mohd Kasirun
Bendahari
Tuan Haji Zanudin Mohd Daud
Pendaftar
(Setiausaha)
Pn. Hazlina Mohd Khalid
Penasihat Undang-Undang