Kolej Kediaman Ibrahim Yaakub
Fakta Pantas
Kolej Ibrahim Yaakub merupakan salah sebuah daripada sepuluh buah kolej yang terdapat di kampus induk UKM Bangi. Kerana keadaan geografinya yang tinggi, kolej ini juga diberi nama sebagai HIGHLANDERS.
Kolej yang tertinggi di UKM ini telah dibina pada tahun 1980 dan mula dibuka pada tahun 1982. Kolej ini juga dikenali sebagai KOLEJ ILMU selaras dengan kesungguhannya memartabatkan ilmu pengetahuan di kalangan penghuni-penghuninya
Kemudahan Pelajar Kurang Upaya (OKU)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) komited untuk memenuhi hak dan menjaga keperluan pelajar, kakitangan dan pelawat Orang Kurang Upaya (OKU) dalam mendapatkan akses penuh kepada sistem pembelajaran, persekitaran kerja dan kehidupan kampus yang inklusif serta bebas daripada halangan dan diskriminasi.
Kehidupan Di Kolej
Sila rujuk Buku Arahan-Arahan Kolej Kediaman.
Buku Arahan-Arahan Kolej Kediaman adalah peraturan umum kepada semua kolej kediaman di UKM. Sila rujuk kolej kediaman masing-masing bagi peraturan yang lebih terperinci.
Kemudahan
- Wifi
- Bilik Perbincangan
- Perpustakaan Mini
- Dobi Layan Diri
- Kafeteria
- Surau
- Kemudahan Sukan
- Lobi Kolej
- Bilik Broga
- Bilik Mesyuarat Highlanders
- Bilik Kinabalu
- Bilik Santubong
- Bilik Fraser
- Bilik Titiwangsa
- KIY Break Time Café
- Dataran Highlanders
Mendaftar Masuk
- Notis makluman berkaitan permohonan dan pengesahan dikeluarkan Pusat Perumahan Pelajar.
- Pelajar perlu membuat permohonan dan pengesahan dalam masa yang ditetapkan Universiti.
- Pelajar akan didaftarkan dalam Sistem Maklumat Pelajar (SMP) pada hari pelajar mendaftar.
- Dapatkan keperluan yang disediakan seperti :-
- Kunci bilik;
- Borang inventori kemudahan asas bilik;
- Keperluan lain yang ditentukan oleh pihak kolej kediaman.
- Buat pemeriksaan, isi borang dan serahkan borang di kaunter kolej kediaman.
Rumah Tamu
Kolej Ibrahim Yaakub menawarkan 2 jenis Rumah Tamu yang sedia untuk disewa oleh pelawat.
Jenis Rumah Tamu:
Bilik 1:
- RM85/semalam (Swasta/ Badan Bukan Kerajaan)
- RM70/semalam (Kakitangan/ Pelajar)
Bilik 2:
- RM70/semalam (Swasta/ Badan Bukan Kerajaan)
- RM60/semalam (Kakitangan/ Pelajar)
Kemudahan yang disediakan di setiap rumah tamu:
Bilik 1: 1 katil queen, penghawa dingin, astro Njoi
Bilik 2: 1 Katil queen, kipas
Asrama
Pangsasiswa
Pangsarama
Rumah Tamu
Kadar bilik
| Pelajar Tempatan | Pelajar Antarabangsa |
| Prasiswazah Asrama – RM3.50/hari Pangsasiswa – RM5.00/hari Pangsarama – RM5.00/hari | Prasiswazah Asrama – RM7.00/hari Pangsasiswa – RM8.50/hari Pangsarama – RM7.50/hari |
| Pascasiswazah Asrama – RM6.00/hari Pangsasiswa – RM7.50/hari Pangsarama – RM7.50/hari | Pascasiswazah Pangsasiswa – RM12.00/hari Pangsarama – RM11.00/hari |
Cara memohon
- Syarat Mendapatkan Penginapan:
- Rujuk Buku Arahan-Arahan Kolej Kediaman
- Cara Menempah Bilik Penginapan
- Permohonan bilik penginapan perlulah melalui laman web:
- appsmu.ukm.my/ekolej : untuk permohonan pelajar samada prasiswazah atau pascasiswazah berdaftar
- appsmu.ukm.my/kolej : untuk rayuan pelajar yang tidak berjaya mendapat penginapan, samada pelajar prasiswazah atau pascasiswazah berdaftar
Garis Panduan Kolej Kediaman
Like & Follow Sosial Media Kolej Kediaman
Waktu Operasi
Isnin – Khamis
8:00 pagi – 1.00 petang
2:00 petang – 5.00 petang
Jumaat
8:00 pagi – 12:15 petang
1:45 petang – 5:00 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Umum – TUTUP
Kolej Kediaman Ibrahim Yaakub
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor
Tel: +603 89215269
E-mel: highlanders.ict@gmail.com