Penglibatan dengan Industri dan Masyarakat

Jaringan industri dan masyarakat menjadi keutamaan UKM dalam mempertingkat dan menyelaras jalinan kerjasama dalam usaha memantapkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, pengembangan dan perkhidmatan. Antaranya ialah kerjasama yang melibatkan KPJ Healthcare Berhad, Yayasan Sime-Darby, MPOB, FELDA, TNB, dan lain-lain.

Selain itu, UKM juga menubuhkan Pusat Pendidikan Komuniti di perkampungan Orang Asli Pos Gob, Kelantan bagi membolehkan anak-anak orang Asli meneruskan persekolahan. Penubuhan Pusat Pendidikan Komuniti adalah hasil kerjasama KPM, JAKOA dan Bank CIMB Islamic.

UKM juga tidak pernah sepi dalam menghulurkan bantuan kepada masyarakat. Melalui Misi Bantuan Kasih, Pusat Perubungan Alumni telah berjaya mengumpul kira-kira RM700,000 untuk disalurkan kepada masyarakat yang memerlukan seperti mangsa banjir di Pahang, Selangor, Johor, Kelantan dan Terengganu dan mangsa kepala air di Yan, Kedah.

"Universiti yang melibatkan industri dan masyarakat membawa faedah bersama menuju kesejahteraan intelektual, sosial dan ekonomi"
Prof. Dato’ Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin
Timbalan Naib Canselor, Hal-Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat

Waktu Operasi
Isnin  – Khamis
8.00am – 1.00pm
2.00pm – 5.00pm

Jumaat
8.00am – 12.15pm
2.45pm – 5.00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum – TUTUP

Timbalan Naib Canselor
Jaringan Industri, Alumni & Masyarakat
Aras 6, Bangunan Canselori
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor

Tel: +603 89213032
Faks: +603 89214606
E-mel: tnchejim@ukm.edu.my