Search
Close this search box.

Pusat Sukan

Unit Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia telah diwujudkan pada tahun 1974 dan telah dinaik taraf menjadi Pusat Sukan pada tahun 2009. Ini bermakna Pusat Sukan telah beroperasi selama 44 tahun. Pada awal kewujudannya, pusat ini mempunyai seorang staf dan terus berkembang sehingga kini mempunyai 39 orang kakitangan dari pelbagai gred jawatan

Fungsi utama Pusat Sukan adalah merancang, mengurus program sukan yang melibatkan Sukan Prestasi Tinggi dan juga Sukan Massa, pentadbiran dan kewangan, pembangunan Sains Sukan, menyelenggara dan mempromosikan kemudahan sukan kepada pihak luar, penjanaan kewangan dan pengurusan atlet berpotensi Negara.

Pusat Sukan juga turut menjadi penasihat dalam penganjuran sesuatu kejohanan dan penyediaan kertas kerja yang berkaitan.

 Perkhidmatan di Pusat Sukan bukan sahaja tertumpu kepada pelajar tetapi juga kepada kakitangan UKM serta komuniti di luar kampus. Peranan Pusat Sukan sentiasa diperkemas dan diperkembangkan dari semasa ke semasa mengikut arus pembangunan Sukan Negara melalui Dasar Pembangunan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi dan Dasar Sukan Negara.

Sihat dan Cergas

Program sukan dan rekreasi di Universiti dirancang untuk memupuk nilai gaya hidup sihat di kalangan pelajar dan menggalakkan pelajar bersaing di peringkat kolej dan universiti. Dorongan dan penglibatan dalam program kecergasan fizikal dan pertandingan  yang disertai oleh pelajar adalah untuk mereka menilai kepentingan kecergasan dalam kehidupan dan bersuka ria dalam aktiviti yang mereka sertai.

Kemudahan

  1. Stadium Universiti (Bolasepak dan Olahraga)
  2. Padang bolasepak 
  3. Oval kriket 
  4. Padang sofbol 
  5. Gelanggang tenis
  6. Gelanggang futsal (luar) gelanggang antarabangsa
  7. Gelanggang bola tampar (luar) 
  8. Gelanggang bola keranjang (luar)
  9. Gelanggang sepaktakraw (luar)
  10. Gelanggang bola baling dan bola jaring (luar dan kongsi bersama)
  11. Kompleks skuasy
  12. Dewan Gemilang – 1 unit (4 gelanggang badminton, 2 gelanggang bola tampar, ping pong dan gymnasium)

Kelab Sukan Pelajar

Kelab dan persatuan diuruskan oleh Unit Kokurikulum. Unit ini bertempat di Kompleks Skuasy. Boleh hubungi di talian 03-89214192.

Kelab Sukan Pelajar:

  1. Kelab Ragbi UKM Bandits
  2. Kelab Taekwondo
  3. Kelab Silat
  4. Kelab Skuasy
  5. Kelab Tenis
  6. Kelab Kriket
  7. Kelab Rekreasi Luar
  8. Kelab Catur
  9. Kelab Bola Baling
  10. Kelab Olahraga

Kaunter Tempahan Kemudahan Sukan

Tel: +603 89213071
Faks: +603 89215435

Waktu Operasi
Isnin – Khamis
8:00 pagi – 12:45 malam
2:00 pagi – 4:45 pagi

Jumaat
8:00 pagi – 12:00 malam
2:45 pagi – 4:45 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum – TUTUP

 

Pusat Sukan Universiti
Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor 

Tel: +603 89215040/ 5315
Faks: +603 89215435