Kolej Kediaman Rahim Kajai
Fakta Pantas
Kolej Rahim Kajai (KRK) merupakan antara kolej terawal yang ditubuhkan semasa penubuhan awal Universiti kebangsaan Malaysia (UKM). Kolej yang pada awalnya dikenali sebagai kolej F ini telah ditubuhkan pada 31 Januari 1983. Kini Kolej Rahim Kajai mampu memuatkan 800 orang penghuni.
Kemudahan Pelajar Kurang Upaya (OKU)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) komited untuk memenuhi hak dan menjaga keperluan pelajar, kakitangan dan pelawat Orang Kurang Upaya (OKU) dalam mendapatkan akses penuh kepada sistem pembelajaran, persekitaran kerja dan kehidupan kampus yang inklusif serta bebas daripada halangan dan diskriminasi.
Kehidupan Di Kolej
Sila rujuk Buku Arahan-Arahan Kolej Kediaman.
Buku Arahan-Arahan Kolej Kediaman adalah peraturan umum kepada semua kolej kediaman di UKM. Sila rujuk kolej kediaman masing-masing bagi peraturan yang lebih terperinci.
Kemudahan
- Wifi
- Bilik Perbincangan
- Perpustakaan Mini
- Dobi Layan Diri
- Kafeteria
- Surau
- Kemudahan Sukan
- Bilik Merak Kayangan
- Bilik Seminar
- Bilik Mesyuarat
- Bilik VIP
- Bilik Gerakan Felo
- Bilik Majlis Eksekutif Pelajar
- Bilik Karaoke
- Bilik Sanggar Mustika
- Dataran Karyawan
- Kajai-Mart
Mendaftar Masuk
- Notis makluman berkaitan permohonan dan pengesahan dikeluarkan Pusat Perumahan Pelajar.
- Pelajar perlu membuat permohonan dan pengesahan dalam masa yang ditetapkan Universiti.
- Pelajar akan didaftarkan dalam Sistem Maklumat Pelajar (SMP) pada hari pelajar mendaftar.
- Dapatkan keperluan yang disediakan seperti :-
- Kunci bilik;
- Borang inventori kemudahan asas bilik;
- Keperluan lain yang ditentukan oleh pihak kolej kediaman.
- Buat pemeriksaan, isi borang dan serahkan borang di kaunter kolej kediaman.
Rumah Tamu
Kolej Rahim Kajai menawarkan 2 jenis Rumah Tamu yang sedia untuk disewa oleh pelawat.
Jenis Rumah Tamu:
Bilik 1: RM40/semalam
Bilik 2: RM25/semalam
Kemudahan yang disediakan di setiap rumah tamu:
Bilik 1: 1 katil single, penghawa dingin, cerek elektrik, set lengkap (selimut dan tuala mandi)
Bilik 2: 1 katil single, penghawa dingin, cerek elektrik, (tanpa selimut dan tuala mandi)
Asrama
Pangsasiswa
Pangsarama
Rumah Tamu
Kadar bilik
| Pelajar Tempatan | Pelajar Antarabangsa |
| Prasiswazah Asrama – RM3.50/hari Pangsasiswa – RM5.00/hari Pangsarama – RM5.00/hari | Prasiswazah Asrama – RM7.00/hari Pangsasiswa – RM8.50/hari Pangsarama – RM7.50/hari |
| Pascasiswazah Asrama – RM6.00/hari Pangsasiswa – RM7.50/hari Pangsarama – RM7.50/hari | Pascasiswazah Pangsasiswa – RM12.00/hari Pangsarama – RM11.00/hari |
Cara memohon
- Syarat Mendapatkan Penginapan:
- Rujuk Buku Arahan-Arahan Kolej Kediaman
- Cara Menempah Bilik Penginapan
- Permohonan bilik penginapan perlulah melalui laman web:
- appsmu.ukm.my/ekolej : untuk permohonan pelajar samada prasiswazah atau pascasiswazah berdaftar
- appsmu.ukm.my/kolej : untuk rayuan pelajar yang tidak berjaya mendapat penginapan, samada pelajar prasiswazah atau pascasiswazah berdaftar
Garis Panduan Kolej Kediaman
Like & Follow Sosial Media Kolej Kediaman
Waktu Operasi
Isnin – Khamis
8:00 pagi – 1.00 petang
2:00 petang – 5.00 petang
Jumaat
8:00 pagi – 12:15 petang
1:45 petang – 5:00 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Umum – TUTUP
Kolej Kediaman Rahim Kajai
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi
Selangor Darul Ehsan
Tel: 603 89213103
Faks: 603 89213101